Pages

24 February 2011

kos penentu harga kabinet dapur



cantikan, tapi xmampu nak buat semahal ini.. yang ini dier gunakan arkilic 3G dengan top daripada granite..

Errmm mummy tengah mencari- cari kabinet dapur yang murah untuk rumah baru.. tengah sibuk survey2 harga.. mummy sangat berminat dengan kabinet dapur high gloss kaler putih @ yang lebih menarik lagik arkilic gloss kabinet dengan top soliid surface or granit... ermm.. byk kedai yang mummy survey dengan panjang dapur 14.8 kaki + 5 kaki + meja breakfast yang mempunyai top solid surface jugak, berharga dalam lingkungan 10,000. ermmm,walau macamane pun kite kena kaji kenape harga kabinet dapur terlalu mahal.. dibawah ader jawapannye..:)

Kos membina kabinet dapur dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut:-

  • Saiz binaan
  • Bahan dan kemasan
  • Rekabentuk
  • Aksesori
  • Kos kontraktor

Saiz Binaan

Lebih besar saiz binaan dapur anda tentulah lebih besar juga kos membinanya. Misalnya dapur berbentuk L bersaiz 10 kaki x 10 kaki tentulah secara lateralnya akan lebih mahal dari dapur L bersaiz 7 kaki x 7 kaki. Ini kerana penggunaan bahan, buruh dan jangkamasa berkadar terus dengan peningkatan saiz binaan. Begitu juga dengan kos-kos lain. Misalnya kos pengangkutan, penggunaan mesin jentera dan sebagainya.

Bahan & Kemasan

Bahan binaan dan kemasan kabinet dapur yang dipilih juga memainkan peranan dalam menentukan kos. Badan kabinet yang dibina menggunakan kepingan chipboard tidak sama dengan badan kabinet yang dibina dengan ply bertetulang. Worktop konkrit, solid surface, chipboard, kayu atau granite pun berlainan harga. Pintu-pintu kabinet juga boleh menggunakan pelbagai bahan serta kemasan. Chipboard atau melamine board dengan ABS merupakan antara pilihan yang paling murah. Bagaimanapun harga akan meningkat apabila menggunakan bahan dan kemasan yang lebih kukuh dan berkualiti seperti ply laminasi, kayu solid, kaca, aluminium, stainless steel dan sebagainya.

Rekabentuk

Rekabentuk kabinet dapur berbeza-beza mengikut keperluan dan citarasa seseorang. Ada yang memilih untuk memiliki dapur yang berekabentuk ringkas seperti kotak-kotak modular. Ada yang inginkan kabinet dapur mereka direka dengan ciri-ciri tertentu, misalnya dinding yang lebih lebar, bentuk yang unik, unit atas sampai ke siling, kabinet gantung dan sebagainya. Jika rumit rekabentuk yang dicipta maka tentu lebih mahal kos membinanya.

Aksesori

Selain dari binaan kabinet dapur asas, anda juga perlu memikirkan tentang aksesori-aksesori yang diperlukan bagi melengkapkan dapur supaya ia menjadi lebih praktikal dan benar-benar berfungsi sebagaimana yang diharapkan. Anda mungkin mahu kabinet dapur anda dilengkapi rak pengering pinggan, rak botol, bakul tarik untuk memudahkan pengurusan stok dan barangan. Selain itu anda mungkin juga inginkan kabinet anda dilengkapi lampu-lampu bina dalam, menggunakan ensel-ensel soft-close, berhandle cantik dan sebagainya. Semakin banyak aksesori yang anda aplikasikan ke dalam dapur anda, maka semakin besarlah belanja yang perlu dikeluarkan.

Kos kontraktor

Selain dari kos komponen kabinet dapur itu sendiri, anda juga perlu melihat kos-kos yang ditanggung pihak kontraktor. Misalnya kos overhead, kos buruh, kos pengangkutan, servis lepas jualan dan sebagainya. Kontraktor yang mempunyai overhead perniagaan yang besar dan berjenama mungkin akan memberi sebutharga yang sesuai dengan kedudukannya. Tukang atau buruh yang berkemahiran tinggi perlu dibayar lebih mahal dari mereka yang kurang berkemahiran. Jarak yang jauh juga akan menyebabkan kos pengangkutan meningkat. Bagi kontraktor yang memberi jaminan atau servis lepas jualan sejumlah peruntukan perlu disediakan untuk tujuan berkenaan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kos membina kabinet dapur anda bukan saja tidak akan sama dari rumah ke rumah tetapi dari kontraktor ke kontraktor kerana faktor-faktor yang disebutkan di atas. Ada sebab kenapa sesuatu itu mahal atau murah. Pada dasarnya tidak ada siapa yang akan menjual murah barang mahal dan tidak ada siapa akan membeli mahal barang murah. Secara universalnya kualiti dan harga sentiasa seiringan. Kata orang putih, “when you pay peanuts, you get monkeys”.

artikel diambil dari: Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com. Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise

3 comments:

Unknown said...

hye na.. lame gile jumpe kn! huhu, pasal kabinet dapur 2, ari 2 pojoe ade gak tnye ika nk yg mcm mne.. design sume.. ika ckp kt die xkesah je.. pojoe nk concept yg otai je.. huhu.. kne la tgk bajet jgk kn.. ika suh die pilih yg biase2 je dulu coz die duk sorg je. nnt ktorg dh kawen n ika dh keje jgk, bole la nk upgrade or renovate jd mcm taste otai pojoe 2. huhu

FaRiNa'S said...

yela ika.. slow2.. hihi.. kiteorang pun nie slow2 jugak.. buat mane yang penting dulu actually grill n kabinet dapur sgt penting.. gril pun na buat yang grill besi biase jek.. kaler putih melintang..hihi.. kos dalam 3ribu tapi xtermasuk pintu pagar automatik berremote controll.. kalu termasuk sume tue dalam 6 ribu jugak kot.. skrg pikir yang simple n nampak moden.. xmo wrougt iron grill nampak cam klasik sgt.. hihihi.. murah n simple supaya xlari dari konsep moden n simple kami...:)

FaRiNa'S said...

wrounght iron mahal sangt harganye xtermasuk pintu pagar da 6ribu.. kalu termasuk pintu pagar dalam 10ribu jugak duit melayang..hihi

Post a Comment

kawan -kawan mari komen cerita saya..:) tq!

 
Copyright (c) 2010 MY FAMILY'S HEAVEN. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.