Pages

31 October 2010

adakah saya tua sebelum waktunya??


rasenye badan da makin kembang.. risaunye.. hihi.. tapi berat maintain 49-50kilo..

nampak macam mak budak ke??

my lovely boys..


Adakah saye tua sebelum waktunye.. hahah.. daddy cakap mummy xcun pakai tudung nie,, macam indon n nampak tua sebelum waktunya.. ape pendapat korang yang baca blog nie? adakah saya nampak tua????? hihi.. sebelum nie pakai shawl daddy cakap mummy nampak muda n nampak macam anak dara.. now.. apakah nampak tua??? hihi

25 October 2010

Siput Sedut Masak Lemak

Request from my dearly hubby.. nak sagt dier makan siput sedut..

Bahan - bahan
500 gram siput sedut
1 kotak santan
2 cawan air
3 inci kunyit basah
100gram rebung
15 biji Cili api
3 tangkai serai
Garam secukup rasa
dalam periuk
Cara -cara
  1. Kunyit basah dan cili api perlu di tumbuk lumat.
  2. Masukkan santan, 2 cawan air, kunyit dan cili api yang telah ditumbuk. masak kuah. masukkan siput sedut. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan rebung yang telah direndam. kemudian masukan serai.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Sedia untuk dihidangkan

24 October 2010

Hebatkah saye..:)

Lega rasenye da selesai finishing school.. yang bestnye 2 hari already speak in english bile balik umah jek pun terspeaking jugakk.. hihi.. da terbiase pulak.. mase finishing school sape yang cakap dalam bm kena bayar.. one word 2osen.. bayangkan kalu cakap five words.. xke rm1.. bile banyak brape pulak nak bayar.. adesssss

sekarang mummy kena pikir pasal presentation?? adess.. ni pun speak in english jugakk.. adess.. anak jati malaysia macam mummy nie nak kena cakap bi sokmo.. watever terima jekla..
kejap jek rase da nak habis blaja.. 1hb 12 nie start kije smule.. da xde da cuti2 malaysia lagik.. pasni sibuk ngan kije sumenye la.. mesti penatkan??? xsabar nak konvo.. persoalannye adalah mase konvo perut mummy sedang membesar sbb peknenkan adik danishh.. harap2 tidaklah yekk..hihi.. nak konvo dalam keadaan yang ayuu bukan comell.. kalu comel bermakne perut yang membulat..kihkih..:)

13 October 2010

Tanda-tanda kematian

100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.

3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

10 October 2010

Redermtion by Huggies

Sebenarnye kami tebus 200 point.. that mine ade 2 barang.. tapi yang sampai hanya 1 barang.. 1 lagik barang xsampai.. pihak huggies mintak wang pos lagik rm10.. yela 1 barang wang pos rm10.. xde pulak dinyatakan dalam syarat2 tebusan.. sbb tue kami anta hanya wang pos rm10 untuk skali penghantaran..rupenye, 1 barang wang pos rm10.. xpela, da dapat nie kire bonus bagi kami..hihi.. selebihnye mummy akan anta wang pos semula.. rugi pulak point tue nanti..:)

barang baru sampai.. danish da tau da itu mainan dier..:)




rupe-rupenye leh jadi macam tent

08 October 2010

"comei lotte contest by jaijina"

salam.. sekali lagik saya rase terpanggil untuk memeriahkan lagik 1 contest anjuran jaijina



Nama kanak² : Raiyan Azfar Danish Bin Azhari
Umur : 1 tahun 5 bulan
Nama ibu : Shazatul Farina Binti Abdul Latiff

Gambar diatas comei lotte.. kerana danish sedang tersenyummm.. mummy suke gambar nie.. i love my son!!

Saya juga nak meng"tag" 3 kawan blog untuk join contest ini :
mama delisya (Zila)
umy dhia (tasha)
umy Auni (kak shela)

P/S: KAWAN2 LAIN YANG TIDAK DITAG N TERBACA BLOG NIE JOMLA JOIN SKALI ERKK..untuk mengetahui syarat2nye.. sila klik DISINI

04 October 2010

Danish with delisya balqis

Aduh.. mereka berdua sangat membahgiakan.. mereka berdua sanagt kelakar.. xpuas nak tengok setiap gelagat mereka berdua..xterkata dengan perkataan..danish berebut mainan dengan balqis..

balqis: abg danish pandang ape tue??? tengok ar tv nie..
danish: jap2, abg tengah cover line nie.. kahkah!

danish: nah untuk adik qis..
balqis: tq abang!

balqis: mama, balqis xmo ngan uncle nie..busyuk dier xmandi lagikk..
GELAGAT danish ngan balqis

balqis sayang btul ngan abg danish.. hihi.. suke tengok pic nie sebb nampak yang balqis tengah pegangkan susu botol abg danish...hihi



lor.. akhirnye berebut jugak meerka berdua.. chayoklah qis.. qis memang branie lawan abg danishh.. hihi

Raye 2010 minggu terakhir

Sabtu 2hb oktober 2010
ader 5 open house termasuk umah kak shela lastly xsampai jugak ke rumah kak shela.. SORY kak shela.. terkejar2 untuk pegi open house.. perut pun da xlarat nak sumbat lagik da.. penat berjalan, taun nie memng raye sakan.. hihi! next taun xtahu bertempat ke tak? yang pastinye xmo peknen time rayeeeee.. hihi.. kalu ader rezki mummy trima jek.. mummy tau danish da memng nak adikk..




gambar nie mase singgah kejap kat umah suzie..
Ahad 3hb oktober 2010...
memang mase nie spanding time untuk pegi open house umah apon n gi umah zila jekk.. penats da berjalan.. pagi tue memng duk umah n layan danish ngan daddy danish jekk..

pompuan kat sebalh mummy tue bakal menantu en.zainuddin..hihi



pose reramai..

p/s: baby yang saye pegang tue adalah baby saye.. hihi..adesssss! perasaan kejap.. sbb baju bby tue same ngan tema kami sekeluarga..:) putih berseri

01 October 2010

contest sayang adik by AM Collection

Salam, tergerak hati mummy untuk join contest nie.. macam best sebab penuh dengan kasih sayang..hihi! kawan- kawan jom join sesame nak.. kalu nak join tengok syarat2 penyertaan DISINI



gambar ini yang mummy pertaruhkan

Danish memang sangat suke dengan baby, selalu sayang baby.. baru- baru nie bawak danish jupe ngan sepupunye yang baru jek berumur 2bulan.. selalu sangt dier sayang baby sampai baby tue da naik rimas.. insyaALLAH ader rezki nanti danish akan dapat adik yekk..:)









 
Copyright (c) 2010 MY FAMILY'S HEAVEN. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.