Pages

Showing posts with label INFO KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label INFO KESIHATAN. Show all posts

01 December 2009

I LiKe BaNaNa.. U LiKe iT??

Pisang mempunyai kandungan khasiat yang sangat baik, antara lain membekalkan tenaga yang cukup tinggi berbanding buah-buahan lain. pisang kaya dengan mineral seperti magnesium, fosforus, besi dan kalsium. Pisang juga mengandungi vitamin C, B kompleks, B6 dan serotonin yang aktif sebagai neurotransmitter dalam melancarkan fungsi otak.

Nilai tenaga pisang sekitar 136 kalori untuk setiap 100gram, yang secara keseluruhannya berasal dari karbohidrat. Nilai ini dua kali ganda berbanding epal yang mana 100 gram epal hanya mengandungi 54 kalori sahaja. Karbohidrat pisang memberikan nilai tenaga yang lebih cepat berbanding nasi, biskut dan roti. Oleh sebab itulah, ramai atlet gemarkan pisang saat beristirehat. Kandungan tenaga pisang adalah tenaga segera yang mudah didapati dalam waktu yang singkat. Gula pisang adalah gula buah, iaitu terdiri daripada fruktosa yang mempunyai kandungan yang lebih rendah berbanding glukosa. untuk melakukan aktiviti, otak memerlukan tenaga seperti glukosa. Glukosa darah sangat sesuai untuk merangsang otak berfungsi dengan baik. Antara lain adalah untuk meningkatkan daya ingatan. Glukosa darah boleh didapati daripada sumber karbohidrat dan pisang adalah alternative terbaik untuk memberikan tenaga disaat waktu berehat. kerana pada waktu ini otak memerlukan tenaga yang cepat untuk aktiviti biologi. Walaupun kandungan protein dan lemak yang sangat rendah, tetapi ia masih tinggi berbanding epal. JADI, TIDAK PERLU TAKUT AKAN GEMUK WALAUPUN KAMU PENGGEMAR PISANG.

ELAKKAN RISIKO STROKE

Kajian menunjukkan, makan pisang setiap hari adalah satu cara terbaik untuk mencegah stroke kerana pisang mengandungi potassium. Penemuan ini berdasarkan penelitian terhadap 5600 lelaki dan perempuan dimana lebih 65 orang mempunyai risiko terkena stroke kerana kurang pengambilan potassium. Potassium berkerja dengan sodium untuk pengaturkan keseimbangan cairan, denyutan jantung, mengawal otot dan rangsangan saraf. Ketika kandungan potassium meningkat, sodium akan menurun. Ia bermakna potassium yang tinggi dapat membantu mengimbangi pengaruh sodium berlebihan seperti tekanan darah tinggi. Tanda – tanda kekurangan potassium adalah lesu dan mudah haus. selain kaya potassium, pisang mengandungi lebih dari satu per empat vitamin B6 yang diperlukan setiap hari termasuklah asid folik yang sangat penting bagi IBU YANG MENGANDUNG dan WANITA YANG BERUSAHA UNTUK HAMIL. Disamping itu ia juga baik untuk MENGURANGKAN MASALAH SEMBELIT dan SESUAI UNTUK MEREKA YANG INGINKAN TUBUH YANG LANGSING kerana pisang hanya mempunyai 95 kalori sahaja.

23 November 2009

brape banyak air yang kena diminum?

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.
 
Copyright (c) 2010 MY FAMILY'S HEAVEN. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.