Pages

Showing posts with label Mari Ke Dapur. Show all posts
Showing posts with label Mari Ke Dapur. Show all posts

15 August 2012

Puding Pelangi

RESEPI UNTUK MENYAMBUT TETAMU YANG DATANG... SIMPLE JEK UNTUK MEREKA YANG TIADA MASA SEPERTI SAYE..
Bahan - Bahan

1 Paket agar - agar
7 Gelas air
2 Cawan gula
Bahan - bahan yang perlu diblender
1 Tin susu cair
4 Biji Telur
1 Sudu kecil esen Vanila
4 Sudu besar tepung kastard
1 Senduk kecil susu pekat

Cara - cara
  1. Masak 1 paket agar - agar bersama 7 gelas air. Masukkan 2 cawan gula dan bahan - bahan yang telah di blend ke dalam periuk.
  2. Kacau hingga sebati. Sudah masak bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagikan kepada warna merah, hijau dan kuning.
  3. Tuang ke dalam loyang secara selang seli.

22 May 2011

Ikan Masak Asam Pedas



Bahan - Bahan

200 gram ikan merah
3 biji tomato
25 gram cili kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
3 batang serais
edikit belacan
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1 bunga kantan
5 helai daun kesum
garam secukup rasa

Cara - Cara


  1. Cili kering, bawang putih, bawang kecil, serai dan belacan diblender. Kemudian tumis sehingga naik bau.

  2. Masukkan air dan air asam jawa. masukkan ikan. biarkan sehingga mendidih.

  3. Masukkan cendawan tomato. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. biarkan sehingga mendidih

  4. Masukkan garam secukup rasa.

  5. Sedia untuk dihidangkan.

05 May 2011

Udang Galah Masak Lomak Cili Api



Adakah tajuk kali ini saya suke memasak.. xtahu kenapa mengandung kali nie saye lebih terjurus untuk makan makanan sendiri berbanding mase saye mengandungkan anak yang sulung.. mase anak sulung dulu saye lebih gemar makan makanan fast food.. huhu! betapa teruknye saye tidak menjaga kesihatan badan..:) kali ini saya nak syer masakan yang udang galah masak lemak cili api.. hasilnya seperti diatas dan dibawah..:)

BAHAN - BAHAN

500gram udang galah
sedikit kacang botol (dipotong - potong mengikut kesukaan)
2 inci kunyit hidup
10 biji cili api
1 kotak santan (biasanya saya guna jenama ayam brand)
3 batang serai
11/2cawan air
garam secukup rasa

CARA-CARA
  1. Cili api, kunyit hidup dan garam di tumbuk sekali
  2. Masukkan santan kedalam periuk dan satu setengah cawan air
  3. Masukkan bahan - bahan yang telah ditumbuk. Biarkan selama 10 minit sambil dikacau.
  4. Masukkan udang dan kacang botol. Biarkan sehingga masak.
  5. Hasilnya adalah....:)

18 March 2011

bubur lambuk Danish


Bubur lambuk untuk danish... sian sagt danish cam xlalu nak makan dengan itu mummy masakan dier bubur lambuk.. tp tue pun dier makan sikit sgt...

BAHAN - BAHAN

1 Cawan santan cair
2 Cawan air
100 Gram isi ayam
1/2 Pot beras
3 Biji bawang putih
2 Inci halia
3 Biji bawang merah
1 Biji bawang besar
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup
2 Kuntum bunga cengkih
1 Btg kayu manis
Pati kiub ayam adabi

CARA - CARA
  1. Tanak 1/2 pot beras bersama air. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan ayam. Biar sehingga masak.
  2. Masukkan santan. Biarkan sehingga mendidih
  3. Sementara itu, goreng bawang putih, halia, bawang besar dan bawang kecil bersama bunga cengkih dan kayu manis. Goreng sehingga naik bau. Angkat dan masukkan kedalam nasi yang telah mendidih tadi.
  4. Biarkan sehingga masak. Masukkan Pati kiub adabi, daun bawang dan daun sup.
  5. Sedia untuk dihidangkan

28 December 2010

Nasi Lemak Saye



Pada Hari ini, saye sempat bangun pagi then siapkan bekal untuk suami tercinta

Bahan - bahan A
nasi
santan
garam
ikan bilis
ayam
kunyit
telur
daun pandan

Bahan - bahan sambal B
cili kering
bawang putih
bawang besar
bawang kecil
gula
air asam jawa
air
garam
minyak masak

CARA - CARA
  1. Tanak nasi terlebih dahulu. Masukkan santan bersama sedikit garam kedalam nasi yang ditanak. Masukkan bersama daun pandan
  2. Sementara itu, rebus telur, goreng ikan bilis dan goreng ayam bersama kunyit.
  3. Untuk menyediakan sambal. Blender bawang besar, bawang putih n bawang kecil skali.
  4. Panaskan minyak. Tumiskan cili sehingga garing.
  5. Kemudian masukkan bahan- bahan yang telah diblender. Masukkan air asam jawa. Tumis sehingga benar2 masak.
  6. Masukkan gula dan garam secukup rase
  7. Biarkan sehingga masak
  8. Boleh dihidangkan seperti gambar diatas..hihi

28 November 2010

Ikan Masak Stim Masam Manis

Menu tengahari ahad yang mulia.. hihi.. ikan kembung masak stim masam manis.. huhuhu! memule nak masak ngan ikan siakap.. ikan siakap pulak xde kat pasar.. terpaksela tukar menu kepada ikan kembung.. tapi rasenye tetap mantap.. hahahha! Menu ini dibuat sempena nak menyambut kepulangan my lovely hubby dari had yai.. huhuhu!

BAHAN - BAHAN

2 Ekor ikan kembung besar
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
3 inci halia
4 batang serai
1 biji tomato (dipotong empat)
1 cawan air asam jawa
4 sudu air
sedikit garam
sedikit gula

CARA - CARA
  1. Bawang putih, bawang kecil dan halia ditumbuk halus. titikkan bersama serai
  2. Masukkan ikan kedalam periuk yang telah distim/ didihkan dengan air.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama serai. masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sehingga masak
  4. Masukan garam, gula dan tomato. biarkan selama 3 minit dan sedia untuk dihidangkan.
  5. Hasilnya adalah seperti dibawah...

Gambar ini semasa ikan berada didalam periukk..huhu

27 November 2010

Mee Goreng Basah

hihi.. pagi nie mummy buat sarapan mee goreng basah yang ringkas tapi sedapp.. :)

BAHAN - BAHAN
150gram mee kuning
sedikit sayur sawi
3 ketul ayam (dicincang dadu)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
6 sudu besar kicap kipas udang
5 ulas cili api
2 sudu sos cili
1 cawan air
sedikit lada sulah
sedikit minyak masak
(tidak perlu garam)

CARA-CARA
  1. Bawang putih, bawang besar dan cili api ditumbuk lumat
  2. Tumiskan kesemua didalam api yang sederhana besar
  3. Masukkan ayam, kicap, sos cili dan air. biarkan sehingga masak
  4. Masukkan lada sulah dan mee kuning.
  5. Kacau sehingga masak dan masukkan sayur sawi.
  6. Hasilnya adalah....:)

alamak gambar tergelap la..hihi! masak awal2 pagi ke?oh tidakk!

26 November 2010

Nasi Goreng Tom Yam

harini saya sorang - sorang.. jadi saya tak kisah untuk makan ape pun.. saye putuskan untuk masak nasi goreng tom yam

BAHAN- BAHAN
1 pinggan nasi
2 ketul ayam dicincang dadu
5 biji cili api
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 kuib tomyam
1 biji limau kasturi
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

CARA - CARA
  1. Tumbuk cili api, bawang putih dan bawang merah. tumiskan.
  2. Masukan ayam yang telah dicincang dadu. biarkan sehingga masak. masukkan kuib tomyam. perahkan limau kasturi. garam secukup rasa
  3. Akhir sekali masukkan nasi. kacau selama 2 minit.. dan sedia untuk dimakan.. hihihi

04 November 2010

Cucur Ikan Bilis

Menu petang hari ni mummy masak cucur ikan bilis.. macam sedap jek kan??.. danish pun suke makan..

BAHAN - BAHAN

tepung gandum
ikan bilis
bawang besar
daun bawang
cili kering (dikisar)
air dilarutkan bersama sedikit garam
minyak masak

CARA-CARA
  1. kisar bawang, cili kering, daun bawang n ikan bilis
  2. masukkan tepung kedalam mangkuk, masukkan bahan- bahan yang telah dikisar
  3. kacau bersama air sedikit demi sedikit
  4. goreng. kemudian sedia untuk dihidangkan.

hasilnye

ikan siakap kukus portugis

hahha.. malam tadi memng xsangka leh masak ikan kukus nie..jadi pulak n sedap..hihi
BAHAN - BAHAN A

200gram ikan siakap
bawang putih
bawang merah
serai
sedikit air
garam
serbuk perasa sedikit

BAHAN - BAHAN B
cili kering
asam jawa
gula merah
kunyit
serai
bawang putih


CARA -CARA
  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih serta serai. dititik sahaja.
  2. Kesemua bahan - bahan B di kisar
  3. Panaskan tempat pengukus dengan api yang sederhana besar
  4. Kukus ikan siakap bersama bahan - bahan A yang telah dititik. masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. kukus selama 10 minit.
  5. Masukkan kesemua bahan - bahan B. kukus sehingga masak.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

gambar nie masa kat dalam periuk lagi.. bile da masak terus jek kami makan.. xsempat nka ambik gambar lagikk..hihi

25 October 2010

Siput Sedut Masak Lemak

Request from my dearly hubby.. nak sagt dier makan siput sedut..

Bahan - bahan
500 gram siput sedut
1 kotak santan
2 cawan air
3 inci kunyit basah
100gram rebung
15 biji Cili api
3 tangkai serai
Garam secukup rasa
dalam periuk
Cara -cara
  1. Kunyit basah dan cili api perlu di tumbuk lumat.
  2. Masukkan santan, 2 cawan air, kunyit dan cili api yang telah ditumbuk. masak kuah. masukkan siput sedut. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan rebung yang telah direndam. kemudian masukan serai.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Sedia untuk dihidangkan

20 September 2010

Ikan Siakap masak Asam Tempoyak


BAHAN -BAHAN

10 biji cili api
2 inci kunyit
ikan siakap
4 sudu tempoyak
daun kesum
3 asam keping
2 cawan air
sedikit gula
garam secukup rasa

CARA - CARA
  1. Blender cili api, kunyit, tempoyak dan sedikit air sehingga hancur.
  2. Masukkan bahan yang telah diblender ke dalam periuk. Masukkan 1 cawan air.
  3. Biarkan kuah sedikit masak kemudian masukkan ikan dan asam keping.
  4. Masukkan daun kesum, garam dan gula secukup rasa.
  5. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Sedia untuk dihidangkan

24 July 2010

Bubur kacang hijau

bahan - bahan
100 gram kacang hijau
gula melaka
gula pasir
santan
secubit garam
sedikit halia

cara - cara
  1. Kacang hijau direbus sehingga masak. labih kurang 30 minit dengan api yang pelahan.
  2. Masukkan santan dan gula melaka biarkan sehingga mendidih dan halia. Masukkan gula pasir dan secubit garam.
  3. Masukan daun pandan.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
p/s: lagi sedap kalu ader durian.. leh buat bubur durian.. sebelum nie mummy da buat 2 kali tapi xsempat nak ambik gambar..huhu

20 July 2010

Udang Masak Lemak Cili Api

Special sket sbb ader belimbing buluh skali mummy masukkan dalam gulai lemak nie..selalu kalu nak bagi masak lemak ader rase masam- masam sket mummy just letakkan asam keping jek.. tapi kali nie mummy cube letak belimbing buluh.. kite try tgok erkk...

Bahan - bahan A
100 gram Belimbing besi
Air garam

Bahan - bahan B
250 gram udang
1 kotak santan
2 cawan air
3 inci Kunyit basah
15 biji Cili api
Garam secukup rasa

Gulai lemak ini masih didalam senduk sebelum dimasukkan kedalam mangkuk
Cara -cara
  1. Belimbing besi perlu dipotong hiris kemudian rendamkan bersama air garam supaya dapat mengawal masam.
  2. Kunyit basah dan cili api perlu di tumbuk lumat.
  3. Masukkan santan, 2 cawan air, kunyit dan cili api yang telah ditumbuk. Masukkan udang. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan belimbing besi yang telah direndam.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Sedia untuk dihidangkan

09 July 2010

Agar - agar sirap

hahahha.. macam lawak jek sbb mummy letak resepi yang tersangt senang nie kat laman blog mummy.. waaaaaaa, tapi mummy rase ader jugak orang akan tengok n ikut resepi ni.. sbb mummy pun mase tak pandai buat resepi ni mummy search intenet jugak..:) so, kesimpulannye memng ader jugak orang yang xpandai memask mcm mummy nie..h(ke mummy sorang tak pandai masak?) hihi.. merendah diri kejap.. padahal daddy slalu jek puji mummy masak sedap...

Bahan - bahan

1 bungkus agar2 kristal
600 ml air
gula secukup rasa
4 helai daun pandan (nak bagi wangi)
1 sudu kecil pati sirap..

cara - cara membuatnya
  1. masukkan 600 ml air dan agar-agar kristal. biarkan sehingga mendidih dan agar2 larut didalam air.
  2. masukkan sirap dan gula. masukkan daun pandan. biarkan sehingga naik bau.
  3. masukkan kedalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman
  4. sedia untuk dihidangkan.

08 July 2010

Karipap Sardin Saye

wah.. sebenarnye da lame da nak masukkan gambar mummy buat karipap hasil tunjuk ajar dari maksu (adik saye).. huhu.. mase nie kat umah nenek.. kite tgok eh gambar2 mummy yang tengah berkungfu kat dapur.. tak tahu rupenye senang jek buat karipap nie.. kalu tahu mesti mummy buat mase bufday danish ari tue..:)

BAHAN
Bahan - bahan A (Inti)

1 tin sardin
2 biji bawang besar
3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 sudu cili (dikisar)
sedikit air asam jawa
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

Bahan - bahan B (Doh)
3 cawan tepung
3 sudu margerin (dicairkan)
1 cawan air (dibacuh bersama sedikit garam)

CARA-CARA membuatnya..
  1. Untuk bahan - bahan A di masak terlebih dahulu. Tumbuk bawang kecil dan bawang putih kemudian tumiskan didalam kuali dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
  2. Masukkan 1 tin sardin dan sedikit air asam jawa. Biarkan sehingga masak. Masukkan bawang besar. Letak garam secukup rasa.
  3. Sedia untuk diangkat.
  4. Untuk bahan - bahan B. Campurkan tepung bersama 3 sudu margerin yang telah dicairkan. Gaulkan sehingga sedikit sebati. Masukkan air garam sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh.
  5. Bentukan doh dan masukkan ini. Siap berbentuk karipap. Senang jek kan?


dapat dalam 18 biji karipap kecil

karipap sardin MUMMY da siap..
p/s: sedap rase macam nak makan jek.. sbb tengah pose arini kan? ermm tahan2.. petang nie kalu daddy balik leh suh daddy beli bahan2 nak buat karipap nie..

09 May 2010

kari ayam



Bahan - bahan

200 gram ayam
1 paket serbuk kari adabi
1 paket santan kelapa
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
1 ulas bawang besar (dihiris)
1 lada besar
2 biji tomato
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit minyak masak

cara - cara
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang kecil.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dicairkan dengan air.
  3. Kacau sehingga rata. Masukkan ayam
  4. Masukan santan. Biarkan sehingga mendidih
  5. Masukkan tomato dan bawang besar yang telah dihiris.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

30 April 2010

siakap goreng cili api

lama betul da mama xmask kat umah.. bile cuti macam nie.. nilah 1st time mama masak smule.. busy betul sblum nie ngan exam n sebaginyelah..masakan paling ringkas n senang.. masak ape yang ader kat dapur jekk.. sebenarnye beli ikan siakap nie niat nak masak stim untuk papa.. tapi papa pegi kursus lak.. terpakse la masak untuk masakan sendiri

bahan- bahan

ikan siakap
minyak masak
bawang putih
bawang besar
cili api
garam secukup rase
kunyit serbuk

cara - cara
  1. goreng ikan yang telah digaulkan bersama kunyit serbuk dan garam
  2. tumbuk cili api, baeang putih dan bawang besar
  3. panaskan minyak dan goreng bahan2 yang ditumbuk tadi sehingga naik bau. masukkan garam. goreng sehingga gareng.
  4. hidangkan dan letakkan diatas ikan tadi..da siap!





20 January 2010

sambal udang



Bahan - bahan

250 gram udang
25g cili kering (dikisar)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
1 bawang besar (dihiris)
sedikit asam jawa
belacan
setengah cawan air
garam secukup rasa

cara - caranya
  1. Cili kering, bawang kecil dan bawang putih dikisar.
  2. Tumiskan cili yang telah dikisar dan air biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan belacan dan asam jawa. kacaukan
  4. Masukkan udang dan bawang besar yang telah dihiris.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

17 December 2009

Kurma Ayam

bahan - bahan

300 gram ayam
1 paket serbuk kurma adabi
1 paket santan kelapa
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
1 ulas bawang besar (dihiris)
1 lada besar
2 biji tomato
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit minyak masak

cara - cara
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang kecil.
  2. Masukkan serbuk kurma yang telah dicairkan dengan air.
  3. Kacau sehingga rata. Masukkan ayam
  4. Masukan santan. Biarkan sehingga mendidih
  5. Masukkan tomato dan bawang besar yang telah dihiris.
  6. Sedia untuk dihidangkan. Cili besar sebagai hiasan.



 
Copyright (c) 2010 MY FAMILY'S HEAVEN. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.