Pages

Showing posts with label LUAHAN HATI. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN HATI. Show all posts

01 September 2010

Tentang Kebersihan ANAK

Saya amat mementingkan tentang kebersihan anak.. tapi ari isnin lepas mummy anta danish kat umah pengasuh.. mummy tengok ader sorang budak yang nenek (pangilan danish pada makcik pengasuh).. ya ALLAH siannye kawan danish nie.. dengan tahi idung penuh kat hidung, tahi mate lagikk.. ngan berak mama dier xganti pampers.. mummy saje la tanye kat nenek danish tue..

mummy: cik, kenape Arif macam nie?
nenek: memang macam nie na, mak dier suke anta bile tengah berak2..
mummy: yeke cik..
(teringat ari tue, mase mummy nak ambik danish mummy tgok nenek tengah potongkan kuku arif)
mummy: mak dier xpotong kuku anak dier ke cik?
nenek: ntahla.. kuku budak nie panjang sangat.. acik potong la..
mummy: arif nie anak sulung erkk, mak dier takut nak potong kot..
nenek: xkanlah takut, anak da besar panjang takut lagik ke?

mummy diam jek terus main2 ngan danish kejap..nasib baik nenek yang jaga danish tue jenis xkisahh n okeyy.. sumenye dier handle.. tapi bagi mummyla.. anak kan? jagala baik2 walaupun kite nak anta kat umah orang n kita bayar orang tue..
sesibuk mane pun mummy, mummy akan pastikan perkara dibawah mummy buat:
  • pagi2 lagik kalu nak anta danish g umah pengasuh, konfem daddy akan tukarkan pampers danish dulu then basuhkan muke danish siap2, mummy pulak siapkan air susu danish untuk danish minum kat dalam kete..
  • kalu kelas mummy kul 10pagi atau kul 9pagi mummy akan mandikan danish kat umah dulu sebelum anta danish kat pengasuh, dengan harapan macamane mummy anta danish.. macam tuela pengasuh jaga n pulangkan balik pade mummy..
  • setiap minggu mesti potong kuku danish pada ari isnin atau jumaat
  • kalu nak pegi jalan2 seboleh2nye xmo tinggalkan danish kat umah pengasuh.. kalu boleh mummy akan bawa.. sbb mummy lebih selesa menguruskan anak mummy sendiri dari pengasuh..
mummy bahagia kalu danish ketawa

17 July 2010

MinggU PertAma KuLiaH

LLame betul mummy x post entry.. entry kali nie Mummy nak cite pasal sem baru mummy.. baru jek seminggu rasenye back to u semule.. mummy rase macam mase 24 jam yang ader xcukup untuk sehari.. waaaaaaaaaaaa... mummy xsempat nak uruskan danish secara sempurna.. lebih2 lagik bile ader kelas waktu malam.. boleh dikatakan setiap ari ade kelas malam.. dengan itu, mummy rasekan terlalu penat..

walaupun waktu siang xder kelas.. tapi mummy kena rushing untuk collect data final year project.. huhu.. terlalu penat sampai blog pun xde mase nak tulis.. perkara yang mummy paling kesalkan bila daddy pun kadang2 kena marah ngan mummy disebabkan mood mummy yang xmenentu.. YA Allah Semoga ko berikan kekuatan kepada aku untuk melawan segala syaitan yang menghasut aku untuk menjadi pemarah, permudahkanlah setiap urusanku.. smoga suamiku tetap teguh cintanya padaku dan smoga aku lengkap menjadi seorang ibu dan isteri yang baik untuk anak dan suamiku.. AMINNN!

04 July 2010

Salah Saiz Lagi..

Waaaaaaa.. baru mummy perasan yang baju danish pun chaka chaka online bagi salah saiz..kalu female and male salah saiz mungkin keliru dengan saiz L yang sama ukuran untuk male n female tersebut.. tetapi tidak untuk baju babykan? sangat berbeza ukuran dan saiz??? buktinya seperti berikut.. baju yang mummy minta adalah saiz 2 tahun okehhhhh!



jelaskan
Mummy ingatkan baju yang saiz 2 tahun memg sebesar itu.. SEBB tue mummy malas nak check pasal tue tapi baru tadi bila nak pakaikan danish baju tue mummy terperasaan terlalu besar untuk danish.. then mummy pun ambik pita ukur n ukur setiap cm baju tue.. ternyata ukuran yang mummy da ukur adalah seperti berikut : (shoulder (30cm/ Length 45cm/ shirt width 70 cm)berbanding sepatutnya untuk saiz 2 tahun adalah (Shoulder 24 / Length 40cm / shirt width 60cm) (ukuran ini adalah daripada rujukan yang chaka chaka online telah bagi).. kalu ikutkan ati memnag ingat nak tukar.. tapi sikap penjualnya yang tak profesional dalam menghadapi pelanggan buat mummy ubah fikiran..

Betapa tuhan itu sangat adil sehingga satu2 kesalahan dari chaka chaka online ditunjukkan.. tapi mummy tak mau cepat melatah.. walaupun cerita yang dibawa oleh chaka chaka online didalam facebooknya tidak betul.. tak apa, hanya tuhan yang tahu... walaupun chaka chaka online adalah bukan orang islam.. dier tidak patut mengutuk org melayu..

lepas jek mummy buat ukuran tue.. mummy terus sendkan gambar pada email chaka chaka dengan ayat seperti di bawah mummy tak marah tapi mummy psiko dier supaya dier sedar kesalahan dier:

Really that.. jangan risau saya tak akan claim apa - apa pada awak mengenai ini.. dari sini awak boleh tahu kan??? dan saya rasa awak juga akan menegakkan benang yang basah lagi betul??
sepatutnya for BABY - 2 YEAR SAIZ (Shoulder 24 / Length 40cm / shirt width 60cm (2)) betul.. tapi yang awak hantar adalah (untuk shoulder sahaja sudah (30cm/ Length 45cm/ shirt width 70 cm)
saya nak awak komen mengenai ini??? kalau pun bukan awak yang salah, tapi pembekal yang salah (mummy tulis mcm nie sbb mummy pasti dier tidak mengaku kesalahan dier)...saya tidak mahu awak mengutuk saya..jika saya tak berkata pekara yang benar awak tidak tahu kesilapan datangnya dari mana.. betul customer awak kebanyakkan tidak macam saya, saya seorang yang particular mengenai ini.. jika mereka tidak complain, saya complain mengenai ini.. saya seorang yang terpelajar dan belajar mengenai selok belok perniagaan.. bagaimana cara menangani masalah pelanggan yang tidak berpuas dengan barangan kita dan sebagainya.. but, tidak cara seperti yang awak lakukan terhadap saya di facebook awak.. seolah2 awak sangat takut dengan kejatuhan.. dengan itu, awak black listed saya supaya saya tidak menjatuhkan awak.. betul?
baca ini, percayalah.. jika sekali pelanggan terkena sesuatu yang buruk dari anda.. selepas ini pelanggan itu tidak akan lagi membeli barangan anda.. oleh itu, awak tidak perlu black listed dier..dier sendiri tahu yang dier tidak kan membeli barangan awak lagi.. kenapa seolah-olah awak terlalu takut dengan dier..why??? sampaikan awak mengutuk2 dier.. seolah2 awak berada di pihak yang benar.. pelanggan tersebut adalah salah.. perkara ini tidak akan jadi besar sekiranya awak tidak besar- besarkannya.. perkara ini adalah 'pengalaman paling buruk' bagi pelanggan itu terhadap perniagaan awak.. sepatutnya awak mewujudkan perkara yang paling manis terhadap pelanggan tersebut tentang perniagaan awak..
sesungguhnya orang diluar lebih mengetahui siapa awak sekiranya awak buat perkara yang tidak baik kepada pelanggan...
sekian.. thank you.. semoga awak akan terus berjaya..

tiada balasan email daripadanya mummy terima sejak pagi tadi.. mummy akan tunggu chaka chaka online komen mengenai email mummy..
Mummy tak nak cakap banyak biar semua yang menilainya.. memang kalu sesiapa baca didalam facebooknya untuk pertama kali akan merasakan yang mummy salah sumenya.. padahal dari awal mummy bagitahu dalam sms begini "baju sudah saya terima tapi i rase u salah bagi baju pada i dengan memberikan kedua2nya saiz male L" tapi chaka chaka online kata ianya kesalahan daripada mummy yang isi borang tidak betul.. sehinggalah mummy cuba untuk menegakan kebenaran dengan sokongan daripada daddy.. namun tiada jawapan yang positif mummy terima sehinggalah kawan mummy, untie ain suh mummy ugut dier begini "samada awak nak pulangkan duit, gantikan baju itu atau bisnes awak lingkup" mungkin dengar perkataan lingkup tue.. dier tekad untuk pulangkan duit mummy then block listed nama mummy kat facebook dier supaya mummy tidak boleh buat ape2 pada facebook dier.. untie ain ader hantar kat ym mummy mengenai itu.. dari situ mummy dapat tahu yang betapa chaka chaka online tidak profesional dan sangat jahat dengan menyatakan perkara yang tidak benar.. mummy tak mahu melatah! biarlah smoga rezeki kami sekeluarga melimpah ruah dengan kutukan darinya dan rakan2nya..

tq kawan2 yang sangt prihatin terhadap mummy!

02 July 2010

Baju itu

Mummy post entry nie atas permintaan untie ika..hihi..juga UNTUK kawan saya yang lain.. ianya juga sambungan dari entry yang sebelum ini .... semalam chaka chaka online ade anta msg yang membuatkan saye terharu, dier sanggup untuk memulangkan duit saya semule sebanyak rm60 atas kesilapan dirinye (baru ngaku).. dan baju yang dier tersalah anta itu, dier suruh saya simpan.. mulenye memang saya nak melupakan segala benda ini supaya ati saya juga tidak sakit.. tapi at the last night dier anta msg n meminta maaf.. okess mummy danish moral of the story, lepas nie xpayahla gatal2 nak beli baju secara online lagik yekk.. nasib baik daddy danish xbising.. sbb beli baju nie gune duit mummy danish..huhu!


Baju yang dier bagi female n male same saiz (L saiz) lepas nie kena kecikkan sikit baju nie
Kesilapannye xdela besar mane bcoz of pasal salah anta saiz jek.. ianya mungkin sebb kecuaian supplier yang dari korea tue (kononnye) tersalah pandang atau kehabisan stok baju yang diminta.. saya antara orang yang bernasib baik kerana ade orang yang beli secara online tapi barangnya tidak sampai2 kepada tuannya.. ader juga yang beli online baju yang sampai koyak2.. terima kasih ya ALLAH kerana permudahkan semuanya..

tanda jenama dengan plastik pos laju..
okehhhhhhhhhhh tq kepada kawan - kawan mummy danish yang sgt prihatin terhadap mummy danish ini.. saye xtahu benda yang mudah akhirnya menjadi susah oleh dier.. so, saye xperlu menyalahkan sesiapa.. jika saye xbeli baju secara online perkara ini mungkin xakan berlaku..:)..tapi kadang2 saye rase, saye xserik lagik untuk beli secara online.. boleh ke gitu??hihi

30 June 2010

Saye sangat bengang


saya order baju diatas kat chaka - chaka online.. tapi yang diorder lain, yang dapatnye lain.. saya sangt tension! kerana dier xmau bile saya nak tukar baju tue.. betapa saya rasa tertipu.. saya rasa dia bagi baju yang saiz xsama sebb stok saiz yang saya nak tue dah habis kot.. saya percaya itu.. tapi dier still nak salahkan saya kerana saya order tidak betul..padahal terang2 saya dah tulis ukuran dengan saiz baju seperti yang ditulis dilaman webnye.. fuh! indah khabar dari rupe.. xape, ini hari dier.. saya minta tuhan membalasnya semula.. walaupun dier bukan orang islam, you be should know about it! saya sangat marah..

pada mulanya saya cakap secara baik, tapi tiada jawapan positif yang saya dapat.. saya juga belajar mengenai bagaimana caranya untuk menjadi seorang peniaga yang baik.. iaitu apabila ada orang complain mengenai produk kite.. kite perlu puaskan ati pelangan itu dengan cara menukarkan barang tersebut atau sebagainya.. tapi ini tidak.. tensionnya saya..

28 February 2010

akibat mangsa dera..

Ya Allah.. aku cukup marah dengan sikap orang yang berperi kemanusian.. yang sanggup pukul n bunuh anak sendiri... mintak dijauhkanla dengan orang2 seperti nie.. ksian aku tengok mangsa dera tue, dalam ati AKU rase.. baikla dier bagi anak tue pada AKU.. biar aku yang jaga.. daripada dier dera anak tue tak tentu pasal.. anak tuekan anugerah Allah yang tak terhingga.. kenapa perlu mendera2..
semalam kat zoo aku nampak kera yang sayang sangt kat anaknye.. sanggup terjah maut bergayut sampai nak jauh untuk selamatkan anaknye...sedangkan binatang pun tahu sayangkan anaknye.. niekan pulak manusia... aku nie yang lahirkan danish pun terlalu sayangkan anak aku... macamane la orang yang melahirkan anak sendiri boleh buang n bunuh anaknye sendiri.. tak kesian ke dier.. lebih2 lagi anak tue baru jek nak kenal dunia..

bukan ke anak, kalu kite didik dier dengan ajaran agama yang cukup boleh mendoakan kiter bile kite da mati nanti.. doa anak- anak yang soleh n solehah tue la yang tak akan putus diterima ALLAH... takziah untuk keluarga syafia humairah.. aku tak sampai ati tengok berita malam tadi... sampai aku menitiskan air mata keibuan, sambil cium pipi danish..dlm ati, aku takkan buat anak aku macam tue.. mama SAYANG danish

JENAZAH Syafia Humairah dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu. ALFATIHAH...
 
Copyright (c) 2010 MY FAMILY'S HEAVEN. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.