Pages

29 March 2011

……Langkah kesempurnaan iman….

  1. Bersyukur bila mendapat nikmat
  2. Sabar apabila mendapat kesulitan
  3. Tawakal apabila mempunyai program/rencana
  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
  5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
  6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
  7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
  8. Jangan peduli dengan kekayaan orang lain
  9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang lain
  10. Jangan tamak kepada harta
  11. Jangan terlalu bercita - cita akan sesuatu kedudukan
  12. Jangan hancur kerana kezaliman
  13. Jangan goyah kerana fitnah
  14. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
  15. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
  16. Jangan sakiti ayah dan ibu
  17. Jangan usir orang yang meminta - minta
  18. Jangan sakiti anak yatim
  19. Jauhkan diri dari dosa - dosa besar
  20. Jangan membiasakan diri dengan melakukan dosa - dosa kecil
  21. Banyakkan berkunjung kerumah ALLAH (Masjid)
  22. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
  23. Lakukan solat fardu di awal waktu/ berjemaah di masjid
  24. Biasakan solat malam
  25. Banyakkan zikir dan doa kepada ALLAH
  26. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
  27. Sayangi dan santuni fakir miskin
  28. Jangan ada rasa takut kecuali dengan ALLAH S.W.T
  29. Jangan marah berlebih - lebihan
  30. Berlatihlah konsentrasi fikiran
  31. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf atas sesuatu sebab yang tidak dapat dipenuhi
  32. Jangan mempunyai musuh kecuali dengan syaitan / iblis
  33. Jangan percaya ramalan manusia
  34. Jangan terlampau takut miskin
  35. Hormatilah setiap orang
  36. Jangan terlampau takut kepada manusia
  37. Jangan sombong, takbur dan besar kepala
  38. Berlakulah adil dalam setiap urusan
  39. Biasakan istifar dan taubat kepada ALLAH
  40. Hiasi rumah dengan bacaan Al-quran
  41. Banyakkan silaturrahim
  42. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk islam
  43. Berkahwinlah jika berkemampuan
  44. Hargai waktu, displin waktu dan manfaatkan waktu
  45. BERSATULAH KERANA ALLAH DAN BERPISAHLAH KERANA ALLAH…

kata Wanita

Ujar lelaki, wanita itu lemah.. Ujar wanita pula, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut…..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan …kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..
Tidak gemar bertengkar….
Tidak gemar membebel….Kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam
Diam kerana makan hati….
Diam kerana kelemahan suami/lelaki…
Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja

Di pejabat sebagai kerani…di rumah sebagai suri
Dalam Diam… menyediakan makanan…
Dalam Diam…melayan suami / lelaki..
Dalam Diam…melakukan semua kerja sehingga selesai dari sebelum tercalit garis putih Di subuh hingga jarum jam tegak bertindih jari..

Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah…terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju Menyiram pohon-pohon

Bunga yang mulai layu…
Sebelum solat Magrib untuk sujud…Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat selesai kerja rumah, anak-anak diajar
mengaji..

Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita…. memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi

Hukum agama telah terpapar tugas suami mengemas rumah,

menjaga anak, membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam…
Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL, KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH
JAHIL, KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika diri tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa
KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH
S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt
MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau
MENILAI……

Nasihat ynag berguna


NASIHAT YANG BERGUNA

1) Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
2) Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
3) Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan kepada mereka yang kelaparan.
4) Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
5) Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah,
diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda
memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan
dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya… Tapi kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang
dunia. Karena di situlah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta ada dan dapat berkembang…

Kecantikan wanita juga bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

23 March 2011

Potret Danish


cantik x??? gambar yang dilukis tangan oleh kawan saye yang bername shazwan.. saye sagt berminat.. tp xtahu dier jual dengan harga berape potret nie??... sagt menyerupai anak saye... dan saya nak letak gambar nie bersame freame di dalam bilik anak saye "Rayyan Azfar Danish bin Azhari''

21 March 2011

BENGKEL PENGURUSAN PEROLEHAN

Di hari terakhir semase bengkel Pengurusan Perolehan selama 4 Hari 3 malam di Bqayu Beach Resort, PD bermule pada 21hb Februari untill 24hb Februari 2011. Seronok walaupun saye sebagai urusetia..:)


Pegawai Unit Perolehan bersama Pengarah Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Jabatan Perhilitan



Aweks unit Perolehan,

Kenangan beramai2


Jom Santai..:)

18 March 2011

1 Test

1 test pada 17hb Mac 2011 apebile mummy xdatang period on the that day



2nd test mummy nak konfem kan balik mummy wat ujian pagi tadi... dan hasilnye disebelah kanan ujian pada pagi ini dan si sebelah kiri ujian pada semalam... ada perbezaan x erk??


Bahagian atas ujian pada pagi tadi.. masih fresh lagik.. da bahagian bawah ujian pada malam tadi..:), saye sagt bersyukur..
tahun 2011
  • rumah baru - Daddy beli untuk keluarga kami dan akan dapat kunci pada awal bulan 5 mungkin akan dapat awal lagik
  • kereta baru - TBC266 sudah keluar.. kereta Grand Livina Impul 1.8 (MPV) sesuai untuk keluarga yang bakal ramai
  • baby baru - insyaALLAH dijangka lahir pada 24 nov 2011, dan mummy harap akan lahir on the date 11.11.11 hihi.. boleh ke?? asalkan anak2 mummy sume sihat dan sempurna.. syukur sgt kehadrat ilahi dengan limpah kurnian rezekinye yang tidak terhingga
  • dan 1 harapan mummy - dapat jawatan baru di tahun 2011 hihi... apply 41.. dan harapan supaya dilimpahkan rezeki untuk suami tercinta semoga dapat naik pangkat dapat G44 pulakk..:)

bubur lambuk Danish


Bubur lambuk untuk danish... sian sagt danish cam xlalu nak makan dengan itu mummy masakan dier bubur lambuk.. tp tue pun dier makan sikit sgt...

BAHAN - BAHAN

1 Cawan santan cair
2 Cawan air
100 Gram isi ayam
1/2 Pot beras
3 Biji bawang putih
2 Inci halia
3 Biji bawang merah
1 Biji bawang besar
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup
2 Kuntum bunga cengkih
1 Btg kayu manis
Pati kiub ayam adabi

CARA - CARA
  1. Tanak 1/2 pot beras bersama air. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan ayam. Biar sehingga masak.
  2. Masukkan santan. Biarkan sehingga mendidih
  3. Sementara itu, goreng bawang putih, halia, bawang besar dan bawang kecil bersama bunga cengkih dan kayu manis. Goreng sehingga naik bau. Angkat dan masukkan kedalam nasi yang telah mendidih tadi.
  4. Biarkan sehingga masak. Masukkan Pati kiub adabi, daun bawang dan daun sup.
  5. Sedia untuk dihidangkan

17 March 2011

study room




cantik2.. bilik macam terhad.. so hanye ader 1 ruang jek yang boleh dijadikan sudut study diruang family hall kat atas..:) komfem menarik..

03 March 2011

Children Room


cantik kaler nie.. tpi mummy xkan buat kaler bilik warna nie... rase macam sgt meriah..hihi

kaler nie pun cantik memansangkan daddy da tempah set bilik tido danish dengan kereta ferrari tue..huhu! set bilik tido mummy pun xsemahal set bilik tido danish...

cantik kaler nie.. warna yang sngt lembut


dan akhirnye mane satu pilihan hati anak mummy.. danish boleh pilih sendiri yek syg..:)

Dining Design


warna pink yang sangt menarik

kena dengan konsep moden n simple.. dengan konsep hitam putih.. waa, sgt gelap rumah kami... cantik2!!


Wah.. macam2 gambar cantik2 mummy upload tapi konfem xkan buat design macam nie..just untuk inspirasi jekkk... konfem xkan buat macam nie..sbb fuluss pun byk gune kalu betul2 nak buat style n design nie..huhu

master room design

Huhu.. design bilik tido yang begitu menawan... cantikkan??kihkih



cantik kaler gelap nie... warna yang menarik dan sangt sesuai untuk tidooo...huhu
 
Copyright (c) 2010 MY FAMILY'S HEAVEN. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.