Pages

20 November 2011

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA



Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.


11 November 2011

Mendidik Kasih Sayang Abang Terhadap Adik



Mendidik Kasih Sayang Abang Terhadap Adik


Tatkala ibu mengandungkan anak kedua,... si ibu mula terhidu perubahan sifat anak pertama. Kebiasaannya sifat anak pertama tersebut akan berubah menjadi lebih agresif sedikit daripada biasa, lebih sensitif dan mudah merajuk. Sikit-sikit nak menangis, sikit-sikit merajuk, begitu sifat abang bermulanya ia sedar makin kasih sayangnya diabaikan. Sifat-sifat tersebut boleh berlarutan sehinggalah kelahiran adiknya kelak.
Selepas Kelahiran Anak Kedua

Perasaan cemburu si abang terhadap si adik kecil semakin ketara. Si abang seolah-oleh bimbang akan kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa terutama ibunya. Tambahan pula apabila melihat ibunya memangku adiknya ketika menyusu, malah menukarkan lampin adik pun dia cemburu.. dia bayangkan seolah-olah dirinya sudah tidak disayangi lagi oleh ibunya lagi. Itulah sebabnya sesetengah anak yang dah boleh bercakap, apabila ditanya 'nak adik?', dengan spontan dijawabnya 'tak nak!'
Tukar Sifat Cemburu Kepada Kasih Sayang!!

Biasanya anak tua kita itu akan menunjukkan rasa cemburu dengan keadaan emosi yang kurang stabil, memukul adik tanpa sebab, cubit dan sebagainya apabila 'lepa' daripada pandangan ibu atau bapa.


Anda boleh cuba kaedah ini iaitu; ibu memegang tangan si anak sulung, kemudian sama-sama menyentuh dengan sentuhan lembut bahagian badan si adik kecil (pipi, lengan, kaki dan sebagainya). Lakukan perbuatan tersebut sekerap mungkin. Cerita pada si abang bagaimana pada ketika dulunya si abang pun diperlakukan perbuatan yang sama.

Sambil menyusukan si kecil ibu juga perlu memperbanyakkan mengusap kepala dan menyentuh sekerap yang boleh tubuh si abang supaya ia merasakan dirinya masih disayangi.

Panggilan Membentuk Sifat

Ajar si abang supaya memanggil adiknya dengan panggilan 'adik' atau seumpamanya dan bukan dengan panggilan nama sahaja. Perkataan ini mampu membina sifat tanggungjawab si abang terhadap adiknya.


Pimpin Tangan Adik

Ketika sudah besar sedikit, iaitu adik dan abang sudah boleh berjalan sendiri, latih si abang untuk memimpin tangan adiknya. Pegang tangan abang dan lekapkan kepada tangan adik ketika berjalan.


Kaedah ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang abang terhadap adiknya. Sifat sebagai pembela, mempunyai peranan dan rasa tanggungjawab mula terbentuk, iaitu lebih awal daripada kebiasaan. Keadaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan ibu bapa mengendalikan ragam anak-anak.

Perkongsian

Kebiasaannya ibu bapa membeli sesuatu khusus untuk seorang anak. Contohnya jika beli kereta mainan untuk dua orang anak, dibelikan dua buah iaitu seorang satu buah. Jika beli air kotak, juga dibelikan 2 kotak. Cuba tukar kaedah biasa ini kepada bentuk perkongsian. Ajar mereka berkongsi. Jika beli kereta mainan, pastikan berlainan supaya dapat berkongsi. Begitu juga minuman, beli satu kemudian berkongsi, kalau boleh bukan setakat kongsi tetapi abang yang suapkan kepada adik.

Bersikap Adil

Jangan pukul abang jika dia berkasar dengan adiknya. Dia akan menyimpan sifat dendam sekiranya kita memarahi atau memukul sebaliknya latih, pujuk dan didik.


Peluklah sambil memberi nasihat kepadanya sebagai suatu kaedah mendidik. Ramai ibu bapa berpendapat bahawa anak sulung perlu mengalah. Perlu memahami masalah dan memahami keperluan si adik, malah ada kalanya perlu memikul kesilapan si adik. Adakah ini wajar?


Keadaan begini tidak adil kepada anak sulung, malah menyebabkan jiwanya memberontak dan tertekan. Seterusnya akan menjejaskan misi kita menjadikan anak sulung sebagai pembela yang bertanggungjawab dengan ikhlas.


Hasil daripada penggunaan kaedah-kaedah yang dicadangkan memerlukan masa yang lama. Ibu bapa perlulah mempraktikkan secara berterusan dengan sabar. Insya Allah, dengan izin Allah akan berhasil.

7 hari





inilah sumbeer kebahgian kami (mummy, daddy n abg Raiyan) ..:)

08 November 2011

3 Hari


Sekali pandang muke Raiqal same cam muke abg Raiyan mase kicik2.. cume Raisya mummy xtahu mukenye ikut sape.. myb ikut belah daddy Raisya... muke Raisya sgt lembut dan penuh dengan wajah perempuan.. chumel sungguh kedua2 anak mummy nie..

Hari ini mummy n daddy sudah isi borang untuk pendaftaran nama Raiqal dan Raisya..

1st twin diberi name : RAIQAL AZFAR DARWISH BIN AZHARI
2nd twin diberi name ; RAISYA ARIEANNA DARWISHA BINTI AZHARI


Alhamdullilah sudah bertiga kini.. dan hati saye milik 4 orang kini... Abg Raiyan sgt sayang adik2nye..:


Dengan itu sudah 3 hari jugak Raiqal ngan Raisya merase tangan mummy.. gambar nie mummy ambik sempena raye aji yang serupe mcm xraye kerana masing2 teruja dengan kehadiran Raiqal dan Raisya...

07 November 2011

KRONOLOGI Kelahiran Raiqal and Raisya



Hebatnye seorang perempuan



27hb Oktober 2011 (Khamis, 36 weeks)

Pagi ini mummy da rase macam senggal2 pinggang.. tapi mummy rase relax jekk.. bersiap macam biase untuk pegi ke tempat kije... bile mummy drive kete terase mcm baby menolak untuk keluar.. mummy antar abg Raiyan dulu ke school then mummy tipon daddy mintak daddy hantarkan ke hospital untuk check up.. mase dihospital mummy suruh daddy ke tempat kije dulu sementara dokto tengah check up mummy.. dokto check jalan baru bukak 1cm then dokto pasang CTG kat perut dokto dapat pastikan yang mummy dah ader rase sakit contraction.. mummy kena tahan wad pade tarikh nie.. sbb dokto nak monitor supaya tidak berlaku ape2 sepanjang menanti kelahiran
28hb Oktober 2011(Jumaat, 36 Weeks 1 Day)

Lebih kurang jam 1pagi dokto cek jalan masih lagik 1 cm.. tapi mase nie mummy da sakit sikit2.. dokto bagi inject ubat tahan sakit sementara.. Kesan daripada ubat tersebut mummy terus tertdo sampai ke pagi dan tak terasa sakit lagi. Start daripada tarikh itu, sepanjang berada dihospital mummy still xterase sakit nak bersalin walaupun jalan da bukak 3 cm.. bermule episod dokto suggest untuk di induced tapi still xjadi nak induced sebb risau berlaku ape2 komplikasi terhadap baby2 mummy. Dalam mase tue jugak penuh dengan keboringan semase berada di hospital.. nasib baik daddy sentiase teman mummy.. walaupun kadang2 daddy byk kije,.

Raisya Dan Raiqal

3hb November 2011 (Khamis, 37 Weeks)
Sudah seminggu berada kat hospital still xrase sakit nak bersalin.. arini Daddy datang melawat waktu petang mummy ajak daddy turun naik tangga sampai tingkat 5 then turun balik..dengan harapan malam nye akan rase sakit nak bersalin.. dalam ati mummy ader jugak terkate '' myb bby nak tunaikan hajat mummy untuk bersalin pade ari jumaat kot''. Ok kite tunggu esok.. baby lahir atau tidak.. sangat terase boring berada di hospital dengan harapan esok kedua2 baby mummy akan menyergah dunia..


4hb November 2011 (Jumaat, 37 Weeks 1 Day)

01.00 - 06.00 am : mummy kerap bangun untuk pegi ke toilet buang air kecil.. mase nie da start rase contraction 2 minit sekali..

08.00 - 08.15 am : mummy sempat mandi n siap2kan diri sebelum dokto datang melawat.. mummy bangun n duduk sampai terase sakit yang agak sederhana mummy baring semule ke katil..

10.00 am: dokto datang melawat ke bilik then dokto cek jalan dah bukak 4 cm.. Dokto suruh nurse hantar mummy ke labor room.. dalam mase yang same mummy call daddy suh datang cepat sebb mummy da nak kena pegi ke labor room.. sementara menunggu nurse.. mummy siap2kan barang2 untuk baby.. mase nie rase contraction selang 2 minit.. sakit yang agak sederhana dan mummy still masih boleh berjalan lagik.

10.45 am: sampai di labor room.. dokto pecahkan air ketuban.. mule rase contraction yang agak kuat.. sangt sakit yang teramat sangat.. bile dokto da settlekan kije mereka, bile dokto da settle drip sume mummy mintak dokto panggilkan daddy.. i love u daddy.. mummy nak sentiase daddy ader time mummy tengah sakit..

11.15 am: daddy masuk labor room then dokto pakar bius sampai untuk bius epidural pade mummy.. dokto pakar memng suggest kat mummy supaye mummy pakai epidural.. sbb untuk teran baby twin bukan senang dan memerlukan tenaga yang banyk..
penangan epidural
11.30 am - 3.00 pm: mummy berbual kejap ngan dady, mummy tertdo then kul 3 terbangun mummy rase macam nak teran berak.. mummy suruh daddy panggilkan dokto.. dokto datang tengok jalan da bukak 10cm.. kepala baby pun da nak terkeluar...

03.11 pm: 9 kali teran kot.. Raiqal keluar... kemudian untuk mengeluarkan Raisya dokto perlu adjust perut mummy dulu.. bile kepala Raisya da betul2 berada dibawah dokto pecahkan air ketuban terus mummy rase nak teran berak..

03:24 pm: Dengan 3 kali teran mummy dapat keluarkan Raisya.. alhamdullilah anak - anak mummy sihat dan sempurna.. syukur xterhingga kepada ALLAH..

Rase puas n bersyukur sangat2 mase tue.. kerana mummy adalah seorang wanita yang cukup sempurna kerana terpilih untuk pengalaman melahirkan anak kembar secara normal.. terima kasih TUHAN atas rezeki ini.. mummy BERSYUKUR Sangat2!! semoga dengan bertambahnya ahli di dalam keluarga kami akan bertambah jua la rezki kami sekeluarga.. aminnn

selamat sudahhh..
Maksud
RAIQAL – Kekuatanku, AZFAR – Yang berjaya, DARWISH – Yang Warak
RAISYA - Pemimpin Raja, ARIEANNA - Full of life, DARWISHA - Yang Warak


Semoga anak - anak mummy menjadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan di akhirat.. kamu bertiga sajelah harta dady ngan mummy yang tak terhingga di dunia dan di akhirat...:)
 
Copyright (c) 2010 MY FAMILY'S HEAVEN. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.