Pages

14 June 2012

The Making of Master bed room

on the cat.. hahaha
taaadaaaaaaa....
siapla sikit2.. ader pulakss buaian tue.. selagik anak xbesar, selagi tuela buai tu akan bertahta disitu..:)
ermmmm..
langsir yang xkena dengan kaler.. huhu.. emm okla nie dari xde.. insyaALLAH ader rezki yang buat lgik molek.. buat mase nie cukup setakat ini.. huhu..
 perlu decoration yang lain.. kerna saye cepat jemu dengan ape yang saye lihat hari2..baru 2bulan sudah jemu maaa.. adess!
dengan rase syukur kepada ALLAH.. walaupun rumah kecil tetapi masih berbangga kerana telah duduk dirumah sendiri walaupun rumah yang kecil..:)

31 May 2012

6 Months already

Pejam celik - pejam celik sudah 6 bulan mereka berdua.. syukur kerana dikurniakan kehebatan menjadi seorang mummy kepada 3 orang anak.. nilai yang paling berharga dan tidak terhingga... Raiqal sudah pandai merangkak.. manakala Raisya masih menyarap.. baru saya tahu menjaga anak lelaki dan anak perempuan adalah sangt berbeza.. namun saya sgt seronok melihat kedua2 nya gembira...
Berguling dan sentiase bersama..
Menjaga si kembar sagt menyeronokkan.. Melihat si Raiqal yang sentiase mengusik si Raisya dan akhirnya Raisya akan menangis akibat dibuli oleh Raiqal.. si abg menasihatkan Raiqal ''eqal jangn kacau echa, kan echa dah nagis'' hihihi.. seronoknye melihat mereka bertiga dihadapan mata sendiri..:)
Raiqal dan Raisya
Yang ini adalah buah ati pengarang jantung saya.. Raiyan Azfar Danish bersama si ensem daddy .. gud boy abg!

30 May 2012

Sebelum & Selepas

SEBELUM
sebelum nie masih terpikir2 disign bagaimana yang sesuai untuk saya pilih..
http://farinaazhari.blogspot.com/2012/05/design-mane.html
 SELEPAS 
 actuallay masih tidak sempurna lagik.. kilang xsempat nak pasang habis untuk 1 ari.. saye pulak xsabar nak ambik gambar dapur rumah saye.. n hasilnye masih begini..
 SEBELUM
SELEPAS
tetiba mcm nak ambik gambar2 before umah dikemas n after umah dikemas.. hahahha.. xdelah cantik mane pun.. tp berpuas ati.. semuanye dipenuhi mengikut konsep dan tema... tema kat dapur jugak hitam n putih dengan menggunakan material 3G Glass n melamin sebagai body.. okeyla.. dengan panjang dapur 19.5 kaki.. campur ngan 5.5 kaki.. berjumlah 25kaki dengan harga murah.. alhamdullilah harap2 rezki lepas nie makin murah.. aminn..:)
hahhah.. kena buat kuih raye pasni.. :)
DISINI YANG SEBENAR2NYE SIAP.. ALHAMDULLILAH bab dapur da settle.. hihi

10 May 2012

KONSEP HITAM PUTIH KELABU





Masih xnaik seri... perlu dideco2.. harus diingtkan deco tidak perlu terllau keterlaluan, ok!!!

07 May 2012

MAJLIS AQIQAH












last majlis... maybe????? hahhahahaha..:)

hari ke 24












Disinilah sebenarnye syurga saya...:)

6 KEUNTUNGAN WANITA YG MEMPUNYAI RAHIM

Beruntungnya perempuan yang mempunyai rahim 6sebab:

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh
kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

DESIGN MANE???




Pening kepala mau pilih design dapur.. ermm akhirnye.. dapur terbiar gompong seketika... ader kawan2 yang leh suggest yang mane nampak lebih menarik x???

BILIK RAISYA

SEBELUM
bile bilik raisya nie akan siap sepenuhnye... teng2.. nanti mummy upload gambar yag da siap yekkkk..:).. i like this colour..



SELEPAS

Inilah hasilnye... tapi still xkena langsir itu ngan kaler bilik nie.. still xsempat nak deco2.. watever nielah yang ade.. syukur alhamdullilah...
c
cantik sudahhh.. 

20 November 2011

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA



Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.


11 November 2011

Mendidik Kasih Sayang Abang Terhadap Adik



Mendidik Kasih Sayang Abang Terhadap Adik


Tatkala ibu mengandungkan anak kedua,... si ibu mula terhidu perubahan sifat anak pertama. Kebiasaannya sifat anak pertama tersebut akan berubah menjadi lebih agresif sedikit daripada biasa, lebih sensitif dan mudah merajuk. Sikit-sikit nak menangis, sikit-sikit merajuk, begitu sifat abang bermulanya ia sedar makin kasih sayangnya diabaikan. Sifat-sifat tersebut boleh berlarutan sehinggalah kelahiran adiknya kelak.
Selepas Kelahiran Anak Kedua

Perasaan cemburu si abang terhadap si adik kecil semakin ketara. Si abang seolah-oleh bimbang akan kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa terutama ibunya. Tambahan pula apabila melihat ibunya memangku adiknya ketika menyusu, malah menukarkan lampin adik pun dia cemburu.. dia bayangkan seolah-olah dirinya sudah tidak disayangi lagi oleh ibunya lagi. Itulah sebabnya sesetengah anak yang dah boleh bercakap, apabila ditanya 'nak adik?', dengan spontan dijawabnya 'tak nak!'
Tukar Sifat Cemburu Kepada Kasih Sayang!!

Biasanya anak tua kita itu akan menunjukkan rasa cemburu dengan keadaan emosi yang kurang stabil, memukul adik tanpa sebab, cubit dan sebagainya apabila 'lepa' daripada pandangan ibu atau bapa.


Anda boleh cuba kaedah ini iaitu; ibu memegang tangan si anak sulung, kemudian sama-sama menyentuh dengan sentuhan lembut bahagian badan si adik kecil (pipi, lengan, kaki dan sebagainya). Lakukan perbuatan tersebut sekerap mungkin. Cerita pada si abang bagaimana pada ketika dulunya si abang pun diperlakukan perbuatan yang sama.

Sambil menyusukan si kecil ibu juga perlu memperbanyakkan mengusap kepala dan menyentuh sekerap yang boleh tubuh si abang supaya ia merasakan dirinya masih disayangi.

Panggilan Membentuk Sifat

Ajar si abang supaya memanggil adiknya dengan panggilan 'adik' atau seumpamanya dan bukan dengan panggilan nama sahaja. Perkataan ini mampu membina sifat tanggungjawab si abang terhadap adiknya.


Pimpin Tangan Adik

Ketika sudah besar sedikit, iaitu adik dan abang sudah boleh berjalan sendiri, latih si abang untuk memimpin tangan adiknya. Pegang tangan abang dan lekapkan kepada tangan adik ketika berjalan.


Kaedah ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang abang terhadap adiknya. Sifat sebagai pembela, mempunyai peranan dan rasa tanggungjawab mula terbentuk, iaitu lebih awal daripada kebiasaan. Keadaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan ibu bapa mengendalikan ragam anak-anak.

Perkongsian

Kebiasaannya ibu bapa membeli sesuatu khusus untuk seorang anak. Contohnya jika beli kereta mainan untuk dua orang anak, dibelikan dua buah iaitu seorang satu buah. Jika beli air kotak, juga dibelikan 2 kotak. Cuba tukar kaedah biasa ini kepada bentuk perkongsian. Ajar mereka berkongsi. Jika beli kereta mainan, pastikan berlainan supaya dapat berkongsi. Begitu juga minuman, beli satu kemudian berkongsi, kalau boleh bukan setakat kongsi tetapi abang yang suapkan kepada adik.

Bersikap Adil

Jangan pukul abang jika dia berkasar dengan adiknya. Dia akan menyimpan sifat dendam sekiranya kita memarahi atau memukul sebaliknya latih, pujuk dan didik.


Peluklah sambil memberi nasihat kepadanya sebagai suatu kaedah mendidik. Ramai ibu bapa berpendapat bahawa anak sulung perlu mengalah. Perlu memahami masalah dan memahami keperluan si adik, malah ada kalanya perlu memikul kesilapan si adik. Adakah ini wajar?


Keadaan begini tidak adil kepada anak sulung, malah menyebabkan jiwanya memberontak dan tertekan. Seterusnya akan menjejaskan misi kita menjadikan anak sulung sebagai pembela yang bertanggungjawab dengan ikhlas.


Hasil daripada penggunaan kaedah-kaedah yang dicadangkan memerlukan masa yang lama. Ibu bapa perlulah mempraktikkan secara berterusan dengan sabar. Insya Allah, dengan izin Allah akan berhasil.
 
Copyright (c) 2010 MY FAMILY'S HEAVEN. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.