Pages

10 June 2011

Impian saya


Huhuuhu.. saya mahu mendapatkan benda ini... tujuannye adalah untuk menjahit langsir umah sendiri.... sagt teruja untuk memilikinye...wow! daddy i want this present for my besday.. boleh x? aritu mintak lain, arini mintak lain.. hihi.. teruja bile tengok zila dpt jahit langir sendiri walaupun tengah sarat mengandung dan anak yang sedang membesar..si comel isya..

Pengantin Lama


hihihi.. kite lihat itu, pengantin lama tapi tersgt teringin untuk naik ke pelamin lagik.. kebetulan kenduri kawannye di terengganu ader pelamin.. dier pun naik pelamin (mak buyung 4 bulan).. mungkinkah ia pembawakan baby?? hihihi..:) xsempat melaram lama- lama kerana abg baby di dalam perut itu telah muntah.. nasib baik x muntah kat atas pelamin... hihihi.. akhirnye tercapai jugak hajat mummy nak naik pelamin sekali lagik ngan daddy...:)

xsempat nak melaram sesgt..huhu yayen da muntahh

ini adalah pengantin asalnye... hihi suzie dan zam

28 May 2011

holiday for 3rd anniversary




Bertekad hendak menghabiskan cuti - cuti di seluruh malaysia... akhir tahun nie destinasi disini (bukit Freser) jadi pilihan.. tunggu taun depan pulak erkk... kite ke oversea tapi still dalam malaysia.. watever target sebelum pasport tamat tempoh memang nak ke somewhere out of our country... mungkin ke jakarta jek or ke indon jek kot..hihi.. insyaALLAH semuanye bergantung kepada rezki yang ALLAH bagi.. semoga ALLAH murahkan rezeki untuk kami sekeluarga dan dilimpahkan rahmat dengen rezekinya yang tidak terhingga untuk saya dan anak - anak saya juga keluarga saya... AMIN2..

22 May 2011

Ikan Masak Asam Pedas



Bahan - Bahan

200 gram ikan merah
3 biji tomato
25 gram cili kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
3 batang serais
edikit belacan
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1 bunga kantan
5 helai daun kesum
garam secukup rasa

Cara - Cara


  1. Cili kering, bawang putih, bawang kecil, serai dan belacan diblender. Kemudian tumis sehingga naik bau.

  2. Masukkan air dan air asam jawa. masukkan ikan. biarkan sehingga mendidih.

  3. Masukkan cendawan tomato. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. biarkan sehingga mendidih

  4. Masukkan garam secukup rasa.

  5. Sedia untuk dihidangkan.

09 May 2011

ANAK MUMMY SUDAH BESAR







HAPPY BESDAY YAYEN for your 2nd BESDAY..

Mummy n daddy sayang rayyan.. jadi anak yang soleh ye.. smoga berjaya di dunia danm akhirat.. mummy sentiase doakan rayyan menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.. aminnn

05 May 2011

Udang Galah Masak Lomak Cili Api



Adakah tajuk kali ini saya suke memasak.. xtahu kenapa mengandung kali nie saye lebih terjurus untuk makan makanan sendiri berbanding mase saye mengandungkan anak yang sulung.. mase anak sulung dulu saye lebih gemar makan makanan fast food.. huhu! betapa teruknye saye tidak menjaga kesihatan badan..:) kali ini saya nak syer masakan yang udang galah masak lemak cili api.. hasilnya seperti diatas dan dibawah..:)

BAHAN - BAHAN

500gram udang galah
sedikit kacang botol (dipotong - potong mengikut kesukaan)
2 inci kunyit hidup
10 biji cili api
1 kotak santan (biasanya saya guna jenama ayam brand)
3 batang serai
11/2cawan air
garam secukup rasa

CARA-CARA
  1. Cili api, kunyit hidup dan garam di tumbuk sekali
  2. Masukkan santan kedalam periuk dan satu setengah cawan air
  3. Masukkan bahan - bahan yang telah ditumbuk. Biarkan selama 10 minit sambil dikacau.
  4. Masukkan udang dan kacang botol. Biarkan sehingga masak.
  5. Hasilnya adalah....:)

24 April 2011

Ermm Siap...


day curtain sebelum dihantar untuk dijahit..
yeyeye.. langsir umah kami sudah siap... tapi xtahu bile gantung macamane jadinye.. xtahu jugak bile masenye untuk digantung... just wait n see yek kawan2! saye upload sikit2 yang mampu saye buat.. langsir ini adalah untuk langsir 1 panel tingkap diumah kami.. simple jek.. saye suke design yang sgt simple tapi menarik.. :) kain yang dibeli jugak dengan harga yang murah..hihi.. xmampu nak beli yang mahal2..:)


day curtain..sudah jahit

night curtain.. jahit dengan klim warna hitam.. actually lagik cantik kalu klim nye lebih besar.. tpi disebabkan kain satin hitam tue tak cukup terpaksela buat klim yang kecil..:)


macam nilah hasilnye nanti bile da digantung erkk??? xsabar rasenye nak gantung langsir nie... ermmm nampaknye kena tungu raye baru dapat tengok langsir nie tergantung kot...:)

10 April 2011

7 Weeks 3 Days

Sudah 7 minggu.. awal2 mengandung rase macam letih sgt dan gastrik yang teramat sagt.. cukup seminggu, gastrik mummy telah hilang.. sekarang turn mual2 n mengidam nak kan mangga telur untie ain pulak.. waaaaaaaaa, kalula ader didepan mummy sekarang konfem mummy makan byk2 cicah ngan garamm... mesti sedappp... nyum! nyum! berat mummy telah meningkat kepada 52 kilo disaat telah mencecah ke 2 bulan.. tengok sejajah buku mengandung mummy sebelum nie.. mase 13 minggu baru 52.5kilo.. 17 minggu 53kilo.. huhu.. nie baru 2 bulan da 52 kilo.. huhuhu.. wat ever smoga adik danish sihat dan selamat mase lahir nanti.. saye sayang semua orang yang berada di sekeliling saya! semua kawan2 saye! semua ahli keluarga saye!!



07 April 2011

Lawatan ke PWTC - Part 3





berbalik kepada cerita disebalik gambar ini ermmm... saye hanye budget dalam rm4500 ajer untuk buat grill dirumah saye.. kerana saye xnak lari dari konsep moden saye memilih grill yang berwarna putih dan grill yang biasa aje seperti 2 corak diatas.. cantik x???? wrought iron mahal sgt.. saye sudah kehabisan duit..hihihi

05 April 2011

Lawatan ke PWTC - Part 2


Dapur elektrik

Actually gambar sebelah kiri itu adalah free gift.. so, pasni kena buat kek pulak la sbb da ader alat ini..kihkih..:)


Ermmm.. ni adalah barang2 dapur yang dibeli..kihkih! memng ini patut dibeli.. sibuk dengan perabot..jenama yang dipilih adalah jenama FABER..

04 April 2011

Lawatan ke PWTC - Part 1


Orang ini telah berjaye memujuk daddy untuk membeli katil bersaiz king design kulit seperti dibawah bersame tilam dengan harga 2700 daripada harga 4000 hinggit.. dalam perjalanan balik daddy tanye mummy ''nape kite beli katil erk??bukan katil da ader ke??''..ermmm pulak.. bukan daddy ke yang beria terpengaruh.. hihi.. inilah akibatnye kalu membawa lelaki untuk menyoping.. bukan kite yang beli tapi dier yang beli tanpa keperluan.. maknenye katil ini akan diletakkan di bilik master then katil yang ader masuk ke bilik 2nd pulak..

design ini dengan pilihan birai katil berwarna putih..

akhirnye memilih meja ini.. harga untuk 6 kerusi RM3200. Manakala untuk 8 kerusi RM3999 daripada harga RM5999
Berbalik kepada tujuan asal ke sini adalah untuk mencari dining set.. akhirnye ader jugak yang berkenan dihati.. konsep hitam putih tetap xlari.. buatan meja daripada mable dan kerusi jenis kulit.. memule macam nak ambik kerusi yang corak bunga2 seperti dibawah tapi mungkin corak tue akan membuatkan umah kami berserabut.. jadi kami decide untuk memilih meja yang daddy duduk itu..:)




Actually x beli pun kerusi yang ini.. sbb aritu mummy da beli kerusi ni kat cavenzi sebijik cam design yang ini dan function yang same, pilihan yang mummy pilih adalah kaler hitam..tp mcm kena tukar kaler ke warna krim/putih jek.. hihi

29 March 2011

……Langkah kesempurnaan iman….

  1. Bersyukur bila mendapat nikmat
  2. Sabar apabila mendapat kesulitan
  3. Tawakal apabila mempunyai program/rencana
  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
  5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
  6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
  7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
  8. Jangan peduli dengan kekayaan orang lain
  9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang lain
  10. Jangan tamak kepada harta
  11. Jangan terlalu bercita - cita akan sesuatu kedudukan
  12. Jangan hancur kerana kezaliman
  13. Jangan goyah kerana fitnah
  14. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
  15. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
  16. Jangan sakiti ayah dan ibu
  17. Jangan usir orang yang meminta - minta
  18. Jangan sakiti anak yatim
  19. Jauhkan diri dari dosa - dosa besar
  20. Jangan membiasakan diri dengan melakukan dosa - dosa kecil
  21. Banyakkan berkunjung kerumah ALLAH (Masjid)
  22. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
  23. Lakukan solat fardu di awal waktu/ berjemaah di masjid
  24. Biasakan solat malam
  25. Banyakkan zikir dan doa kepada ALLAH
  26. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
  27. Sayangi dan santuni fakir miskin
  28. Jangan ada rasa takut kecuali dengan ALLAH S.W.T
  29. Jangan marah berlebih - lebihan
  30. Berlatihlah konsentrasi fikiran
  31. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf atas sesuatu sebab yang tidak dapat dipenuhi
  32. Jangan mempunyai musuh kecuali dengan syaitan / iblis
  33. Jangan percaya ramalan manusia
  34. Jangan terlampau takut miskin
  35. Hormatilah setiap orang
  36. Jangan terlampau takut kepada manusia
  37. Jangan sombong, takbur dan besar kepala
  38. Berlakulah adil dalam setiap urusan
  39. Biasakan istifar dan taubat kepada ALLAH
  40. Hiasi rumah dengan bacaan Al-quran
  41. Banyakkan silaturrahim
  42. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk islam
  43. Berkahwinlah jika berkemampuan
  44. Hargai waktu, displin waktu dan manfaatkan waktu
  45. BERSATULAH KERANA ALLAH DAN BERPISAHLAH KERANA ALLAH…

kata Wanita

Ujar lelaki, wanita itu lemah.. Ujar wanita pula, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut…..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan …kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..
Tidak gemar bertengkar….
Tidak gemar membebel….Kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam
Diam kerana makan hati….
Diam kerana kelemahan suami/lelaki…
Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja

Di pejabat sebagai kerani…di rumah sebagai suri
Dalam Diam… menyediakan makanan…
Dalam Diam…melayan suami / lelaki..
Dalam Diam…melakukan semua kerja sehingga selesai dari sebelum tercalit garis putih Di subuh hingga jarum jam tegak bertindih jari..

Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah…terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju Menyiram pohon-pohon

Bunga yang mulai layu…
Sebelum solat Magrib untuk sujud…Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat selesai kerja rumah, anak-anak diajar
mengaji..

Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita…. memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi

Hukum agama telah terpapar tugas suami mengemas rumah,

menjaga anak, membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam…
Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL, KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH
JAHIL, KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika diri tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa
KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH
S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt
MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau
MENILAI……

Nasihat ynag berguna


NASIHAT YANG BERGUNA

1) Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
2) Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
3) Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan kepada mereka yang kelaparan.
4) Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
5) Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah,
diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda
memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan
dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya… Tapi kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang
dunia. Karena di situlah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta ada dan dapat berkembang…

Kecantikan wanita juga bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

23 March 2011

Potret Danish


cantik x??? gambar yang dilukis tangan oleh kawan saye yang bername shazwan.. saye sagt berminat.. tp xtahu dier jual dengan harga berape potret nie??... sagt menyerupai anak saye... dan saya nak letak gambar nie bersame freame di dalam bilik anak saye "Rayyan Azfar Danish bin Azhari''
 
Copyright (c) 2010 MY FAMILY'S HEAVEN. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.