Pages

29 July 2010

jUalaN MuRah BisKut RaYA


Tempahan Biskut Raya Boleh dibuat Sekarang..
Harga yang berpatutan dan rasa yang sungguh sedap..
sesiapa yang berminat boleh refer kepada senarai dibawah



  1. Biskut Semperit (1 Balang <50)
  2. Biskut Dahlia (1 Balang <50)
  3. Biskut Coklat Squre ( 1 Balang <50)
  4. Biskut Meletop (1 Balang <50)
  5. Almond Landon (1 Balang <50)
  6. Popia Simpulan Kasih (1 Balang 400gram) - RM 19
  7. Batang Buruk (600gram) - RM 13
  8. Tat Nenas (1 Balang - 40 biji) RM 18

Harga tidak termasuk kos penghantaran.

untuk tempahan, sila hubungi terus kepada saya
FARINA
No. TEL: o192661266
Email : sfarin_266@yahoo.com.my





28 July 2010

Ingin menjadi photoghapher profesional


Semasa di kelas interprate... adakah?saya bakal menjadi jurugambar profesional satu mase nanti???.. saya akan cuba ke arah itu..fuh! adakah ianya akan berjaya..???

26 July 2010

DaNish With Almari Baru

Dah lame mummy nak cari almari untuk danish.. berkenan 1 set bilik tidur warna putih jugak ader offer kat cavenzi around rm1299 daripada rm2000++.. ermmm nak beli.. tapi xtahu nak letak kat ne.. nanti bile pindah nak beli perabot lain plak.. akhirnye mummy decide untuk beli almari nie aje dengan harga rm300.. fuh! agak mahal jugakla.. tp sbb mummy memng nak beli almari color putih..danish suke mickey kan? so, nie mummy belikan almari mickey tuk danish..:)

Almari danish fresh lg baru sampai..


da start merasmikan almari baru (rupenye danish berak kat dalam almari tue..) hinggat ini jamban ke sygku!, siap cangkung lagik tue.. then bile kuar berpeluh2! fuh! konfem anak mummy berak dalam pampersssssss..hukhuk

setelah siap berkemas.. huhu! da xsepah2 lagik da baju danish pasni.. baju raye danish mummy gantung siap2..huhu!

HADIAH peraduan ulang tahun pa&ma

Danish sudah menerima adiah ulang tahun pa&ma.. setelah 3 bulan menunggu.. hadiahnye adalah tajaan little bean sebayk RM100.. ok la kan? huhu.. danish dapat mainan lagik.. ermm 2 mainan untuk danish.. 2 mainan lagik untuk adik danish nanti yekk.. huhu( sbb adiah 2 lagik tue sesuai untuk 6 bulan ke bawah)



yeahhhh! danish say.. ngeh3!

danish ngan mainan baru

24 July 2010

Bubur kacang hijau

bahan - bahan
100 gram kacang hijau
gula melaka
gula pasir
santan
secubit garam
sedikit halia

cara - cara
  1. Kacang hijau direbus sehingga masak. labih kurang 30 minit dengan api yang pelahan.
  2. Masukkan santan dan gula melaka biarkan sehingga mendidih dan halia. Masukkan gula pasir dan secubit garam.
  3. Masukan daun pandan.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
p/s: lagi sedap kalu ader durian.. leh buat bubur durian.. sebelum nie mummy da buat 2 kali tapi xsempat nak ambik gambar..huhu

DaNishKah Ini??

SEbelum ni (mase mummy pegi LAOS bulan lepas) daddy ader cite kat mummy pasal danish pandai bukak gril pintu sendiri.. Waa.. semlam daddy tunjuk kat mummy camane cara danish panjat untuk bukak grill pintu then semalam jugakk mummy tengok ngan mata kepala mummy sendiri.. anak mummy da makin cerdikk.. bayk akalll! boleh tak dier terpikir untuk panjat then pegi kat mangga kunci untuk dier bukak gril then bukak gril untuk dier keluar.. sayang anak mummy.. mummy xmarah.. xkisah, buatla.. mummy tau danish nak explore sume, tue sbb danish akan cube sume benda..

usaha untuk memanjat

da dapat da mangga kunci tue..

Then akhirnye pintu da leh bukak.. fuh! anak mummy, anak mummy! :) be a gud boy yek sayang..

21 July 2010

SaY ConGrATE to Mr.HUbby

Saye nak wish tahniah pada Mr.kesayangan saye kerana beliau telah berjaya dianugerahkan untuk ambik APC tahun 2009.. waa.. Walaupun tahun 2009 daddy lum pun berkhidmat sebagai pegawai kerajaan selama 3 tahun.. tahun nie da trima anugerah.. alhamdullilah.. mummy tengok daddy memang layak dianugerahkan APC.. mummy yang duk pandang daddy buat kije malam2 sampai tak tido malam.. mummy yang kadang2 teman daddy buat kije kat paya indah wetlands sampaikan kadang2 mummy tertido kat bilik ofis daddy..ni pun da pukul 10.30 mlm daddy still xbalik lagik sbb KP datang PIW.. fuh! saya berbangga mempunyai suami seperti suami saya.. dan doa mummy untuk daddy semoga pasni daddy leh naik pangkat ke G44 pulakkk.. aminnn.. smoga ALLAH murahkan dan menambahkan rezki kami sekeluarga..

20 July 2010

Udang Masak Lemak Cili Api

Special sket sbb ader belimbing buluh skali mummy masukkan dalam gulai lemak nie..selalu kalu nak bagi masak lemak ader rase masam- masam sket mummy just letakkan asam keping jek.. tapi kali nie mummy cube letak belimbing buluh.. kite try tgok erkk...

Bahan - bahan A
100 gram Belimbing besi
Air garam

Bahan - bahan B
250 gram udang
1 kotak santan
2 cawan air
3 inci Kunyit basah
15 biji Cili api
Garam secukup rasa

Gulai lemak ini masih didalam senduk sebelum dimasukkan kedalam mangkuk
Cara -cara
  1. Belimbing besi perlu dipotong hiris kemudian rendamkan bersama air garam supaya dapat mengawal masam.
  2. Kunyit basah dan cili api perlu di tumbuk lumat.
  3. Masukkan santan, 2 cawan air, kunyit dan cili api yang telah ditumbuk. Masukkan udang. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan belimbing besi yang telah direndam.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Sedia untuk dihidangkan

18 July 2010

Happy Moment




Kami baru jek balik dari PIW.. i love this pic.. mummy love daddy jugakkk.. hihi.. sbnrnye mummy tertinggal beg make up mummy.. tu yang muke nampak cam cina maklap mane tah.. huhu! muke tanpa make up.. mase nie rase best jekkk.. suke sebenarnye ngan pemandangan kat PIW nie.. tasiknye cantik sesagt.. mase nie daddy tengok budak2 politek berkayakkk.. ermmm mase tuk layan2 danish jugak time nie..danish yang pandai posingggg.. bagus tul anak mummy nie.. stay in good boy and ensem boy yek syg!


boleh kurus kalu setiap ari main basikal nie..huhu


mummy n daddy sayee..

17 July 2010

Kek DANISHARIE

Mummy tempah khas untuk 2 orang hero mummy.. actually mummy tempah kat untie ijan, tq untie ijan sbb buatkan kek nie.. huhu! saje2 jek mummy mengidam nak makan kek nie.. mengidam lain macam jek.. ingtkan peknen.. tapi still xde rezki lagi untuk peknen.. pas makan kek nie terus jek period.. huhu! ijan, hang letak ape dalam kek nie ha! hahaha.. lawak jer.. sbb kek yang untie ijan buat nie sedap 1st time mummy cube time besday danish ari tue.. huhu.. sedap!

d.a.n.i.s.h.a.r.i.e

MinggU PertAma KuLiaH

LLame betul mummy x post entry.. entry kali nie Mummy nak cite pasal sem baru mummy.. baru jek seminggu rasenye back to u semule.. mummy rase macam mase 24 jam yang ader xcukup untuk sehari.. waaaaaaaaaaaa... mummy xsempat nak uruskan danish secara sempurna.. lebih2 lagik bile ader kelas waktu malam.. boleh dikatakan setiap ari ade kelas malam.. dengan itu, mummy rasekan terlalu penat..

walaupun waktu siang xder kelas.. tapi mummy kena rushing untuk collect data final year project.. huhu.. terlalu penat sampai blog pun xde mase nak tulis.. perkara yang mummy paling kesalkan bila daddy pun kadang2 kena marah ngan mummy disebabkan mood mummy yang xmenentu.. YA Allah Semoga ko berikan kekuatan kepada aku untuk melawan segala syaitan yang menghasut aku untuk menjadi pemarah, permudahkanlah setiap urusanku.. smoga suamiku tetap teguh cintanya padaku dan smoga aku lengkap menjadi seorang ibu dan isteri yang baik untuk anak dan suamiku.. AMINNN!

12 July 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam.

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

11 July 2010

Danish Vs Aqila

Entry kali nie mummy nak tunjukkan muka aqila yang sebijik cam muka untie ika.. kakak aqila adalah anak kepada mat jan dan mastura.. hihi.. comel, mummy suke tengok muke budak kecik yang manis cam aqila.. tapi danish still comel di hati mummy.. mummy sayang danish..

aqila pandai layan danish



 
Copyright (c) 2010 MY FAMILY'S HEAVEN. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.