Pages

28 December 2010

Nasi Lemak Saye



Pada Hari ini, saye sempat bangun pagi then siapkan bekal untuk suami tercinta

Bahan - bahan A
nasi
santan
garam
ikan bilis
ayam
kunyit
telur
daun pandan

Bahan - bahan sambal B
cili kering
bawang putih
bawang besar
bawang kecil
gula
air asam jawa
air
garam
minyak masak

CARA - CARA
  1. Tanak nasi terlebih dahulu. Masukkan santan bersama sedikit garam kedalam nasi yang ditanak. Masukkan bersama daun pandan
  2. Sementara itu, rebus telur, goreng ikan bilis dan goreng ayam bersama kunyit.
  3. Untuk menyediakan sambal. Blender bawang besar, bawang putih n bawang kecil skali.
  4. Panaskan minyak. Tumiskan cili sehingga garing.
  5. Kemudian masukkan bahan- bahan yang telah diblender. Masukkan air asam jawa. Tumis sehingga benar2 masak.
  6. Masukkan gula dan garam secukup rase
  7. Biarkan sehingga masak
  8. Boleh dihidangkan seperti gambar diatas..hihi

25 December 2010

My family






Rase appy bile kedua2 hero mummy ader disisi..tq god make my life very complete with both of themm...

24 December 2010

3 dalam 1

Disebabkan tiada masa nak berblog sekarang nie.. jadi saya ambil kesempatan untuk menulis mengenai 3 perkara dalam satu entry..

Bermula dari tarikh 1hb 12, 2010.. saya telah tamat cuti belajar dengan itu secara automatik saya perlu berkhidmat semula dengan kerajaan.. huhu! semoga ade rezki saya bersama suami, anak-anak serta keluarga saya..


Last week kami anak beranak pergi tengok umah..Rumah kami sudah siap tapi laon masih belum settle..myb setelah selesai CF dalam bulan 3 da dapat kunci umah.. huhu! lambatnye kami nak uruskan pasal rumah laon.. mayb paling awal pun kami akan duduk pada mei, 2011 di rumah baru.. itu pun bergantung kepada renovation rumah.. rumah kecil sesuai dengan jumlah ahli keluarga kami.. tapi untuk mase akan datang kena cari semi D, 2 tingkat pulak.. sekarang hanya umah teres double storey.. semoga impian kami anak - beranak tercapai..

Tahun baru telah menghampiri.. dengan ini tahun 2011 mummy menanam azam untuk dapatkan second baby.. target mummy sebelum ader second baby kami da duduk dirumah kami sendiri.. supaya kewangan kami seisi umah akan jadi stabil untuk kesenangan anak - anak.. dengan itu, mummy n daddy kena berusaha keras untuk dapatkan adik danish.. hahahha! tahun 2010 awal2 lagik impian da jadi kenyataan..hihi.. dapat beli umah dengan bayar deposit gune duit PBU..hihi... LIHAT SINI

07 December 2010

Tesis sudah settle

Lega bile tesis mummy da siap.. nak settlekan tesis macam2 dugaan dihadapi.. dekan pulak jenis yang cek satu2.. patutla UPM adalah Universiti yang mempunyai tesis - tesis yang terbaik di MALAYSIA.. rupenye, memang kena ikut format n ikut cara penulisan saintifik yang betul.. dengan terhasilnya tesis nie, tesis ini akan berada di library UPM bermule 1hb Januari 2011.. hihi.. tahniah farina! dengan hasil usaha awak, awak berjaya jugak..usaha tangga kejayaan..:)



mummy buat 6 salinan.. huhu!
 
Copyright (c) 2010 MY FAMILY'S HEAVEN. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.