Ramai orang tanye n mempertikaikan kenape aku suke sangat dengan minyak wangi avon nie… dari form 3 sampai la sekarang.. cube bayangkan aku form 3 mase tue tahun 1998 sampai sekarang tahun 2009.. ade dalam 11 tahun aku gune perfume nie.. aku pun tak tahu nape.. myb aku sendiri tak minat dengan minyak wangi yang berjenama yang lain kot.. atau aku sendiri tak tahu jenama lain – lain minyak wangi.. hahaha!! Watever aku memang suke minyak wangi nie.. nasib baik time hantaran hubby tak bagi hantaranjenama AVON.. hahha!! Kalu takkantoi aku dengan orang sekeliling.. tapi aku tak malu pun kalu aku dedahkan aku hanya pakai minyak wangi yang berharga RM 19.90. HUHU!! Lagi murah lagi berbaloi!!
aku masak ayam nie.. mase kat kampung.. trylah.. mak aku suh masak ayam sup.. tapi aku masak lauk ayam kicap.. oklah tue..!! janji masak.. berwap kamera aku ambik gambar lauk nie.. tak sabar nak makan
Bahan - Bahan
500 Gram ayam 5 sudu besar kicap 1 sudu kecil sos tiram 3 biji bawang putih 2 biji bawang besar sedikit halia 2 tangkai kayu manis 2 kuntum bunga cengkih sedikit minyak masak sedikit air
Cara - cara
Ayam digoreng separa masak terlebih dahulu.
Tumbukkan bawang putih, bawang kecil dan halia. Tumiskan sekali dengan bunga cengkih dan kayu manis sehingga naik bau.
Masukkan Kicap dan sos tiram. Kemudian masukkan air. Masukkan ayam dan biarkan sehingga kuah sedikit kering.
Name penuh mamat seorang nie Muhammad Fardanez Jaquem.. Tak tahu dari mane mummy dier dapat idea untuk letak name tue.. sedap plak bunyinye.. budak - budak zaman sekarang name sume pelik - pelik.. betulla kata - kata dila bila pertama kali aku bagitahu name anak aku.. dier kata berbelit lidah nak menyebutnye.. yeke dil? Rayyan Azfar Danish.. Payah ke nak sebut?? hehehe.. tak kisahlah...
Jaquem bakal dapat adik.. mummy da peknen 2 bulan.. bestnye!! Takpelah jaquem da nak masuk 2 tahun.. tak kisah kalu nak tambah lagi sorang pun.. aku nie anak kecik lagik.. tak pe Angah aku follow ko kemudian..hehhe
Danish da ader kete.. hehehe!! Kete nie papa belikan untuk Danish.. emm.. mama takder pun!! Danish yang dapat.. danish yang pilih sendiri plak tue.. pandai da dier ambik kat kedai tue mane yang dier berkenan.. memule malas nak ikutkan sangt ape yang anak nak.. tapi pikir2 balik.. mama n papa taknak menyekat ape yang danish nak, selagi benda tue mama n papa boleh ikut.. so, papa pun belikan danish punye car nie sempena danish yang da 7 bulan sekarang nie.. selamat ulangbulan ke 7 bulan sayang!! orang lain sambut ulangtahun.. danish sambut ulang bulan.. ape2 jela..
Tak reti duk diam.. dalam kete penuh dengan barang- barang dier saje
Lasaknye..
Merajuk kena marah
Genap hari ini 5hb 12 danish da 7 bulan.. tapi penakut makan ubat.. macam tahu - tahu jek ubat akan masuk kat mulut dier.. masalahnye benda lain cepat jek masuk kat dalam mulut dier.. tapi kalu ubat, rapat betul mulut dier tutup.. rase macam tak percaye jek anak da makin besar.. bile perkataan anak da makin besar tue muncul.. maknenye aku pun da makin tua.. hahha!! Danish da pandai merajuk.. bile kena marah, da pandai nak menagis n merajuk..
da pandai buat tepuk amai – amai.. bila mama cakap tepuk amai – amai jek.. Danish da mule nak tepuk tangan.. da boleh duduk tanpa sokongan..bila nak main pandai pi kat papa tapi bile nak tido cari mama erk?? heheh!! sronok ader anak.. makin berseri hidup n rase lengkap sangat hidup nie.. time kasih tuhan sebab kurniakan segala - galanye pada aku..
Gambar nie masuk aku start cuti sem aritue.. around 11hb november, danish this time 6 month
gambar nie baru aku ambik tadi
Hari nie tak der buat ape2.. memandangkan hubby aku akan berkursus selasa sampai jumaat so aku terpakse tinggal kat kampung(n.9) ngan danish.. lagipun nenek danish sibuk suh tinggal lame2 kat cini..sbb nenek ktak puas nak main - main dengan danish.. aduh!! aku plak yang berbelah bagi.. nasib baik hubby sporting n memberi izin aku duk cini selama seminggu.. kebetulan plak dier ader kursus.. aku upload gambar nie untuk tatapan sahabat ku, hehhe jura.. dah lame tak tengok aku (sbb kat opis MU takleh bukak facebook n friendster) harap- harap blog nie MU boleh bukak untuk melihat keadaan aku selepas melahirkan permata hati, pengarang jantung dan segala bagai kami suami isteri!! waaaaaaaakahkah!!
Pisang mempunyai kandungan khasiat yang sangat baik, antara lain membekalkan tenaga yang cukup tinggi berbanding buah-buahan lain. pisang kaya dengan mineral seperti magnesium, fosforus, besi dan kalsium. Pisang juga mengandungi vitamin C, B kompleks, B6 dan serotonin yang aktif sebagai neurotransmitter dalam melancarkan fungsi otak.
Nilai tenaga pisang sekitar 136 kalori untuk setiap 100gram, yang secara keseluruhannya berasal dari karbohidrat. Nilai ini dua kali ganda berbanding epal yang mana 100 gram epal hanya mengandungi 54 kalori sahaja. Karbohidrat pisang memberikan nilai tenaga yang lebih cepat berbanding nasi, biskut dan roti. Oleh sebab itulah, ramai atlet gemarkan pisang saat beristirehat. Kandungan tenaga pisang adalah tenaga segera yang mudah didapati dalam waktu yang singkat. Gula pisang adalah gula buah, iaitu terdiri daripada fruktosa yang mempunyai kandungan yang lebih rendah berbanding glukosa. untuk melakukan aktiviti, otak memerlukan tenaga seperti glukosa. Glukosa darah sangat sesuai untuk merangsang otak berfungsi dengan baik. Antara lain adalah untuk meningkatkan daya ingatan. Glukosa darah boleh didapati daripada sumber karbohidrat dan pisang adalah alternative terbaik untuk memberikan tenaga disaat waktu berehat. kerana pada waktu ini otak memerlukan tenaga yang cepat untuk aktiviti biologi. Walaupun kandungan proteindan lemak yang sangat rendah, tetapi ia masih tinggi berbanding epal. JADI, TIDAK PERLU TAKUT AKAN GEMUK WALAUPUN KAMU PENGGEMAR PISANG.
ELAKKAN RISIKO STROKE
Kajian menunjukkan, makan pisang setiap hari adalah satu cara terbaik untuk mencegah stroke kerana pisang mengandungi potassium. Penemuan ini berdasarkan penelitian terhadap 5600 lelaki dan perempuan dimana lebih 65 orang mempunyai risiko terkena stroke kerana kurang pengambilan potassium. Potassium berkerja dengan sodium untuk pengaturkan keseimbangan cairan, denyutan jantung, mengawal otot dan rangsangan saraf. Ketika kandungan potassium meningkat, sodium akan menurun. Ia bermakna potassium yang tinggi dapat membantu mengimbangi pengaruh sodium berlebihan seperti tekanan darah tinggi. Tanda – tanda kekurangan potassium adalah lesu dan mudah haus. selain kaya potassium, pisang mengandungi lebih dari satu per empat vitamin B6 yang diperlukan setiap hari termasuklah asid folik yang sangat penting bagi IBU YANG MENGANDUNG dan WANITA YANG BERUSAHA UNTUK HAMIL. Disamping itu ia juga baik untuk MENGURANGKAN MASALAH SEMBELIT dan SESUAI UNTUK MEREKA YANG INGINKAN TUBUH YANG LANGSING kerana pisang hanya mempunyai 95 kalori sahaja.
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
31 MEI 2008
Satu fakulti, tapi tak pernah kenal pun sebelum nie..Dinner sekali tapi tak pasan pun sape mamat nie.. Inventori kat Taman Negara Terengganu mule kenal.. pastu mule2 jadi rapat then 1st date 31 Ogos 2007, Berazam tak mau kawan lama2 buat dia melamar awal.. 23 Februari 2008 tunang n 30 Mei 2008 Nikah..5 Mei 2009 lahirnye permata hati kami..
@ Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat
@ Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut
@ Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.
@ Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan
@ Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah
@ Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari...
@ Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali
@ Tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia
@ Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.
@ Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
@ Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia
@ Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka
JOM KLIK SINI
WELCOME
Come view my blog n leave ur comments. This blog will update every day,hour n minutes...(^_^). Share with me everything information importantly all about baby n our life...Journey is so sweet.....
huhu!! saye sudah menjadi seorang isteri dalam usia 25 tahun.. bile menjangkau usia 26 tahun saye telah dikurniakan seorang cahaya hati iaitu Rayyan Azfar Danish Bin Azhari.. susah nak pecaye sebenarnye.. btul ke saye nie dah jadi seorang mommy.. itulah hakikatnye..