Menu tengahari ahad yang mulia.. hihi.. ikan kembung masak stim masam manis.. huhuhu! memule nak masak ngan ikan siakap.. ikan siakap pulak xde kat pasar.. terpaksela tukar menu kepada ikan kembung.. tapi rasenye tetap mantap.. hahahha! Menu ini dibuat sempena nak menyambut kepulangan my lovely hubby dari had yai.. huhuhu!
BAHAN - BAHAN
2 Ekor ikan kembung besar
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
3 inci halia
4 batang serai
1 biji tomato (dipotong empat)
1 cawan air asam jawa
4 sudu air
sedikit garam
sedikit gula
CARA - CARA
- Bawang putih, bawang kecil dan halia ditumbuk halus. titikkan bersama serai
- Masukkan ikan kedalam periuk yang telah distim/ didihkan dengan air.
- Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama serai. masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sehingga masak
- Masukan garam, gula dan tomato. biarkan selama 3 minit dan sedia untuk dihidangkan.
- Hasilnya adalah seperti dibawah...
0 comments:
Post a Comment
kawan -kawan mari komen cerita saya..:) tq!