Pages

22 January 2011

mari mewarna bersama DANISH

Sabtu - mummy xkemana2.. dengan itu, mummy melayan danish melukis.. mummy just bagi danish one A4 paper n crayon color.. hihi.. kite tengok gambar2 kat bawah erkk..

mengunakan kedua2 tangan.. kiri dan kanan..

errmmmmm..


dan hasilnye!! gud job syg!! hihi.. walaupun just lukis abstark yang penuh ngan conteng2...

21 January 2011

LUNCH PUSPANITA















Keseronokan kami bermakan2..hahhaha! ahli puspanita Jabatan PERHILITAN.. da basi sebenarnye cerita nie... tapi stil nak masukkan kat dalam blog jugakk.. hihihi...



20 January 2011

Fun with puzzle..

Thaipusam.. tapi daddy still kije... huhu..malas nak ikut daddy ke tempat kije.. arini mummy kena buat 5S dirumah... kemas mainan danish then terjumpe pulak puzzle yang danish dapat mase besday danish 1st year.. LIHAT ape yang danish buat dengan puzzle tersebut...")

dudukan puzzle dulu..kihkih

start untuk pecahkan puzzle..

bermain dengan puzzle..

dan akhirnye saye setelah siap danish membaca puzzle tersebut..huhu... clever boyy!!

13 January 2011

CUTE BABY 2011 BY MAMARIFqy



contest sempena
NEW YEAR, sempena BESDAY IQY & BesdaY MAMA !
3 in ONE !!
Jom join sesame yang nak..
TARIKH TUTUP CONTEST 25 JANUARI 2010
SILA KLIK SINI

http://naniedean.blogspot.com/
http://yantimatisa.blogspot.com/
http://dhiyakhairina.blogspot.com/
http://violetgloves.blogspot.com/
http://hafizahismail.blogspot.com/

gambar ini dipertaruhkan kerana dirasekan sangat kiut miut...:)

NAMA BABY: RAYYAN AZFAR DANISH BIN AZHARI
D.O.B : 05 MEI 2009
UMUR : 1 TAHUN 8 BULAN

09 January 2011

Mami n Baby Jan 2011


dalam ruangan keletah si manja..

Masuk majalah lagik..hihihi... sronok2.. watever danish dihati mummy! luv u sayg..:)

02 January 2011

danish main salji

Sangat puas tengok danish main salji.. pasni nak ajak adik delisha pulak la main salji..hihi..




kini dimana2 sahaja boleh main salji... nanti mummy peknen xpayah nak susah2 ajak daddy gi genting n gi oversea bagai(ingt dulu mase mummy peknenkan danish siap mummy ajak daddy gi korea lagikk, tapi akhirnye daddy bawak gi genting jek untuk sejukkan badan).. now kat malaysia pun da ader 4 season..kahkah

28 December 2010

Nasi Lemak Saye



Pada Hari ini, saye sempat bangun pagi then siapkan bekal untuk suami tercinta

Bahan - bahan A
nasi
santan
garam
ikan bilis
ayam
kunyit
telur
daun pandan

Bahan - bahan sambal B
cili kering
bawang putih
bawang besar
bawang kecil
gula
air asam jawa
air
garam
minyak masak

CARA - CARA
  1. Tanak nasi terlebih dahulu. Masukkan santan bersama sedikit garam kedalam nasi yang ditanak. Masukkan bersama daun pandan
  2. Sementara itu, rebus telur, goreng ikan bilis dan goreng ayam bersama kunyit.
  3. Untuk menyediakan sambal. Blender bawang besar, bawang putih n bawang kecil skali.
  4. Panaskan minyak. Tumiskan cili sehingga garing.
  5. Kemudian masukkan bahan- bahan yang telah diblender. Masukkan air asam jawa. Tumis sehingga benar2 masak.
  6. Masukkan gula dan garam secukup rase
  7. Biarkan sehingga masak
  8. Boleh dihidangkan seperti gambar diatas..hihi

25 December 2010

My family






Rase appy bile kedua2 hero mummy ader disisi..tq god make my life very complete with both of themm...

24 December 2010

3 dalam 1

Disebabkan tiada masa nak berblog sekarang nie.. jadi saya ambil kesempatan untuk menulis mengenai 3 perkara dalam satu entry..

Bermula dari tarikh 1hb 12, 2010.. saya telah tamat cuti belajar dengan itu secara automatik saya perlu berkhidmat semula dengan kerajaan.. huhu! semoga ade rezki saya bersama suami, anak-anak serta keluarga saya..


Last week kami anak beranak pergi tengok umah..Rumah kami sudah siap tapi laon masih belum settle..myb setelah selesai CF dalam bulan 3 da dapat kunci umah.. huhu! lambatnye kami nak uruskan pasal rumah laon.. mayb paling awal pun kami akan duduk pada mei, 2011 di rumah baru.. itu pun bergantung kepada renovation rumah.. rumah kecil sesuai dengan jumlah ahli keluarga kami.. tapi untuk mase akan datang kena cari semi D, 2 tingkat pulak.. sekarang hanya umah teres double storey.. semoga impian kami anak - beranak tercapai..

Tahun baru telah menghampiri.. dengan ini tahun 2011 mummy menanam azam untuk dapatkan second baby.. target mummy sebelum ader second baby kami da duduk dirumah kami sendiri.. supaya kewangan kami seisi umah akan jadi stabil untuk kesenangan anak - anak.. dengan itu, mummy n daddy kena berusaha keras untuk dapatkan adik danish.. hahahha! tahun 2010 awal2 lagik impian da jadi kenyataan..hihi.. dapat beli umah dengan bayar deposit gune duit PBU..hihi... LIHAT SINI

07 December 2010

Tesis sudah settle

Lega bile tesis mummy da siap.. nak settlekan tesis macam2 dugaan dihadapi.. dekan pulak jenis yang cek satu2.. patutla UPM adalah Universiti yang mempunyai tesis - tesis yang terbaik di MALAYSIA.. rupenye, memang kena ikut format n ikut cara penulisan saintifik yang betul.. dengan terhasilnya tesis nie, tesis ini akan berada di library UPM bermule 1hb Januari 2011.. hihi.. tahniah farina! dengan hasil usaha awak, awak berjaya jugak..usaha tangga kejayaan..:)



mummy buat 6 salinan.. huhu!

28 November 2010

gift from him

Pulangnya daddy dari hat yai telah membelikan mummy 1 wallet merah (diperbuat dari kulit ikan pari) sangat cantikk dapat mengantikan wallet POLO merah mummy, yang daddy belikan mase besday mummy tahun 2008.. huhu.. daddy beli wallet nie sepasang ngan wallet daddy.. then 1 lagik daddy beli tshirt warna putih sepasang ngann daddy jugakk.. mummy sanggat suke.. tq daddy sayang!!


Saya suka wallet nie.. harganya 1,600 baht..bersamaan rm160.. harga daddynye wallet 600 baht bersamaa rm60..(murah betul harga wallet nie! cantik dan murahhh..



Ikan Masak Stim Masam Manis

Menu tengahari ahad yang mulia.. hihi.. ikan kembung masak stim masam manis.. huhuhu! memule nak masak ngan ikan siakap.. ikan siakap pulak xde kat pasar.. terpaksela tukar menu kepada ikan kembung.. tapi rasenye tetap mantap.. hahahha! Menu ini dibuat sempena nak menyambut kepulangan my lovely hubby dari had yai.. huhuhu!

BAHAN - BAHAN

2 Ekor ikan kembung besar
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
3 inci halia
4 batang serai
1 biji tomato (dipotong empat)
1 cawan air asam jawa
4 sudu air
sedikit garam
sedikit gula

CARA - CARA
  1. Bawang putih, bawang kecil dan halia ditumbuk halus. titikkan bersama serai
  2. Masukkan ikan kedalam periuk yang telah distim/ didihkan dengan air.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama serai. masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sehingga masak
  4. Masukan garam, gula dan tomato. biarkan selama 3 minit dan sedia untuk dihidangkan.
  5. Hasilnya adalah seperti dibawah...

Gambar ini semasa ikan berada didalam periukk..huhu

27 November 2010

Mee Goreng Basah

hihi.. pagi nie mummy buat sarapan mee goreng basah yang ringkas tapi sedapp.. :)

BAHAN - BAHAN
150gram mee kuning
sedikit sayur sawi
3 ketul ayam (dicincang dadu)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
6 sudu besar kicap kipas udang
5 ulas cili api
2 sudu sos cili
1 cawan air
sedikit lada sulah
sedikit minyak masak
(tidak perlu garam)

CARA-CARA
  1. Bawang putih, bawang besar dan cili api ditumbuk lumat
  2. Tumiskan kesemua didalam api yang sederhana besar
  3. Masukkan ayam, kicap, sos cili dan air. biarkan sehingga masak
  4. Masukkan lada sulah dan mee kuning.
  5. Kacau sehingga masak dan masukkan sayur sawi.
  6. Hasilnya adalah....:)

alamak gambar tergelap la..hihi! masak awal2 pagi ke?oh tidakk!
 
Copyright (c) 2010 MY FAMILY'S HEAVEN. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.