Pages

30 November 2009

Laksa simple..huhu!

huhu! ari ni makan laksa.. masak laksa untuk hidangan 6 orang.. laksa nie simple jek.. huhu!!

Bahan - bahan
bahan A

8 ekor ikan kembung
3 keping asam gelugur
500ml air
garam secukup rasa


bahan B

1 biji bawang besar
5 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
50 gram cili kering
sedikit belacan

bahan C

1/2 bungkus Laksa
3 biji telur
Daun kesum
Bunga kantan
Sedikit salad
Timun
Bawang besar

Cara - cara (Kuah)
  1. Masukkan kesemua bahan A dengan air untuk direbus. Seterusnya ikan dikisar dan air rebusan jangan dibuang.
  2. Kesemua bahan B dikisar sehingga sebati.
  3. Masukan bahan A dan ikan yang telah dikisar bersama air rebusan ikan tadi.
  4. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  5. Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Untuk hiasan
  1. Rebuskan telur
  2. Hiriskan bawang besar, timun dan salad
  3. DAN HASILNYE... teng!teng!teng!!


siap da laksa aku!!



Teng!teng!

KeLaHiRaN MaSYaRaKaT MeLaYu

Macam sesuai jek info nie dengan ain.. 4 my bestfren nurain arshad with becoming Adam..kiter same- same belajar erk?

Anak adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ini kerana di samping menceriakan suasana rumahtangga, anak merupakan zuriat penyambung keturunan bagi sesebuah keluarga. pasangan yang bakal menimang cahayamata juga dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan bacaan surah-surah yang terpilih dari Al-Quran, misalnya Surah Yusof dan Surah Muhammad. Surah Yusof diamalkan untuk memperolehi anak yang elok rupa parasnya dan Surah Muhammad diamalkan dengan harapan anak yang bakal lahir akan cerdik dan pandai serta mempunyai sifat terpuji.

Mengikut adat dan kepercayaan Melayu, barang-barang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi seperti peralatan bayi, buaian, mandian dan pakaiannya tidak boleh disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan. Ini kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri Orang Bunian.

Selain itu, perlakuan si ibu sepanjang tempoh mengandung akan turut mempengaruhi bayi apabila lahir kelak. Maka, orang tua-tua berpendapat bahawa ketika mengandung, si ibu perlulah sentiasa bermanis muka dan ringan tangan supaya anak yang bakal dilahirkan akan bersifat sedemikian setelah lahir.

Setelah genap sembilan bulan, kelahiran bayi akan disambut dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seisi keluarga. Selepas dibersihkan oleh bidan, sekiranya bayi tersebut lelaki, si bapa atau datuknya akan mengazankan di telinga kanannya, manakala bagi anak perempuan akan diiqamatkan di telinga kirinya. Ini adalah ritual yang pertama sekali dilakukan ketika menyambut kehadiran satu lagi insan di dalam dunia ini yang dilahirkan dalam adat Melayu. Kemudian, tali pusat akan dipotong bagi memisahkannya dari alam yang gelap di perut ibu ke alam baru yang menantinya. Menurut sesetengah kepercayaan, bayi dikatakan menangis ketika dilahirkan kerana terkejut melihat keadaan alam yang penuh dosa. Ada pula yang mengatakan bayi tersebut ditakut-takutkan oleh hantu syaitan, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bayi tersebut menangis kerana takut dengan beban yang bakal dipikulnya dalam kehidupan kelak.

Setelah selesai dimandikan, si bapa akan berperanan menanam uri bayi seperti upacara pengkebumian jenazah. Ini kerana uri dianggap sebagai saudara kembar dan teman bayi sewaktu di dalam perut ibu. Ia perlu ditanam dengan sempurna supaya tidak datang mengganggu bayi. Di antara pantang larang menanam uri ialah uri tidak boleh ditanam di luar rumah kerana dipercayai anak tersebut apabila dewasa akan sukar dikawal perlakuannya. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan oleh pihak tertentu yang ingin menjalankan upacara perbomohan atau pemujaan.

Kesemua adat dan upacara menerima kehadiran orang baru ini termasuk dalam salah satu jenis ritual iaitu dinamakan Rites of Initiation.

29 November 2009

HebatNye PomPuan Malaysia

Teringinnye nak masak laksa.. huhu!! tapi siapakah yang mahu memakannye.. kalu ramai2 leh makan kan best.. AKU SUKE MASAK KALU ADER YANG MENHABISKANNYE.. aku pun dah ingt2 lupe nak masak laksa macamane.. tak ingt da.. last aku buat time tingkatan 3.. dulu mak n ayah aku kije.. so aku sebagai perempuan sulung dalam adik beradik perlu menjalankan tanggungjawab aku.. aku kena masak sume lauk2 untuk adik2 nak makan sejak aku darjah 6 lagik.. tue sbbnye sekarang nie aku tak suke memasak, sbb dah serik memasak.. kahkah!! SETIAP sabtu n ahad aku kena masak.. (mase dulu2)

mak aku tinggalkan duit rm10.. aku belila lauk untuk masak makanan adik2 aku.. tapi kadang-kadang duit ader lebih aku simpan.. hahaha! masuk gak tabung aku sket.. huhu! teringt mase zaman kecik- kecik dulu.. mak aku selalu pesan orang pompuan takkan berenti dari buat kije kat dapur.. memang betul pun sume kata2 mak aku tue.. bile kiter da kawen kiter kena masuk dapur untuk siapkan makanan laki pulak.. so, tanggungjawab orang pompuan memang kat dapur.. hebatnye orang pompuan walaupun dier berkerja dier still leh masak n layan suami dengan baik bile kat umah..

Bayi Belajar Sambil Bermain

Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bayi belajar melalui permainan. Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan persekitarannya.

Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan.

Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam ‘mengajar’ bayi anda adalah:

* Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.
* Sentiasa memberi perhatian padanya melalui eye contact semasa bercakap dan bermain dengannya.
* Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.
* Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.
* Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan.
* Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.

PeRKeMBaNgaN bAYI

Bayi 4 bulan hingga 6 bulan

Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat. Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.

Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:

  • Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.
  • Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.

Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.


Bayi 6 bulan hingga 1 tahun

Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:

  • Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.
  • Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapat-kan alat mainan seperti drum, tamborin dan sebagainya.
  • Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.

Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra. Bahasa juga penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara.

Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra.

Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira. Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda.

Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinteraksi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi perkembangan kognitif atau inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.

*INFO INI ADALAH BERDASARKAN KEPADA PEMBACAAN, BOLEH DIPERCAYAI ATAU TIDAK TERPULANG KEPADA INDIVIDU ITU SENDIRI*

PeRKeMBaNgaN bAYI

Bayi Baru Lahir Hingga 4 Bulan

Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangannya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya. Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik. Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang bayi anda adalah: Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.

Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya. Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan mem-bawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.

*INFO INI ADALAH BERDASARKAN KEPADA PEMBACAAN, BOLEH DIPERCAYAI ATAU TIDAK TERPULANG KEPADA INDIVIDU ITU SENDIRI*

Buaian danish

Danish tido buai boleh, tido bawah pun boleh

buai nie memule beli mase danish dalam perut mama around 7 month.. papa beli awal sbb time tue my dear buat diskaun.. harga rm 130.. untuk yang elektrik tue.. atok danish yang belikan rm190.. kain buaian nie harganye rm19.90 beli kat kedai manjaku bangi jugak.. sebelum nie danish duk ngan atok n nenek.. bile mama ambik danish start bulan pose lepas.. mama ajar danish tido kat bawah.. then baru2 nie nenek jaga danish n nenek tidokan danish kat dalam buai semule.. huhu!! terpaksela mama tidokan danish dalam buai bile duk ngan mama balik..danish lasak tido kat buai.. sbb tue mama nak danish tido kat bawah.. dalam buai sibuk nak meniarap.. risau jek danish lemas.. danish flexible.. boleh tido bawah n tido kat buai..heheh!!


Danish 6 bulan 3 minggu


Danish pakai spek

ermm.. comel anak mama pakai spek.. makin pandai..bile kite nak ambik gambar dier, dier macam tau2 jek.. sekrang danish sangt suke dengan enset, kamera n remote tv.. tak tahu nape dier pandang benda tue.. lagik mama tak bagi ambil lagiklah dier nak ambil.. bile balik kampung tgk moto kemain suke dier.. berkepak2 tangan nak suh atok bawak naik moto.. anak mama nie!! smlam pegi balik kampung kat umah wan, bukan main lasak lagik duk kat dalam kete.. lagi satu awak nie danish, pegi mane- mane memang tak boleh tinggalkan chuppy awak tue.. kalu tinggl mati kutu mama tak tau nak buat ape bile awak dah start menangis.. takpelah untk awak.. mama sanggup berkorban!! sayang anak mama nie..now.. dah pandai sebut pa..pappa..pah!! tue jek yang dier sebut.. mama dah tinggal da.. tak sebut ammaaa lagik dah.. huhu!!


Tak reti duk diam kat dalam kete


Banyak kali try nak merangkak..

Bile danish nak lepas untuk merangkak nie.. asyik try2 tak dapat jek.. hehhe! tak pe u can do it sayang.. mama n papa sentiase menyokong danish..now baju yang 6-12 month pun da nak ketat n senteng.. macamane nie danish? mama baru jek beli BAJU DANISH.. nak kena beli lagi la eh? takpelah.. mama semakin seronok bile tengok danish membesar n memakin mengenal sesuatu..


Danish vs Ammar


Danish Vs Ammar..sape menang??

Ammar datang umah with umy dier.. ammar nie 2 pupu danish coz mama n umy ammar sepupu..heheh! ammar lewat 19 hari lahir dari danish.. tapi berat ammar now da 7.4kg. berat danish 6.7kg.. oklah tue erk.. nampak danish tinggi lagik dari ammar.. tapi mama nampak macam danish nie kemetot jek.. hehhehe!! jahatnye aku nie..

Ammar Hafizzudin Hakimi = lahir 24hb Mei 2009 , berat 2.5kg
Rayyan Azfar Danish = lahir 5hb Mei 2009, berat 2.8kg


Mase lahir.. mata ammar kecik jek.. mata danish besar.. sekarang mata ammar n danish dua2 same besar.. dulu ammar kecik dari danish, tapi sekarang ammar lagi besar dari danish.. WALAUPUN danish nampak kecik tapi danish cepat belajar kan? mama perasaan anak mama buat apa2 sume cepat, menangkap pun danish cepat kan? now ammar da 6 bulan n da pandai menyarap.. danish asyik kaco ammar jek.. danish tunjuk otai bile dier da makin serasi dengan ammar.. ammar suke meragam.. nasib baik la danish nie tak kuat meragam sangt.. cume dier manja ngan mama, papa n nenek dier jek..

Selamat Hari Raye Korban

Hari 1 Raye Korban

busy betul aku time raye nie.. pagi nie awal2 pagi da bangun.. pas sembahyang raye terus pegi balik kampung wan kat gelang, pertang...balik umah lepas sembahyang jumaat.. kat umah mak plak aku pulak sakit perut yang teramat tenat.. aku selalu dapat sakit macam nie.. so, sepanjang hari aku duk kat dalam bilik n mengelupur sakit perut.. mak n hubby dah mule risau.. hubby urutkan perut tapi still tak berkesan.. slalu malam - malam kalu aku dapat sakit macam nie.. konfem hubby yang urutkan.. then aku jadi ok smule.. apsal ari nie tak ok nie.. then, mak panggilkan bidan... suh urutkan perut aku nie.. bidan 2 memng tau aku sakit ape.. hahahah! coz mase aku kena sakit nie malam raye puase yang lepas pun bidan nie gak yang urutkan aku... tuelah sayang!! makan tak pantang.. huhu!! aku jugak yang kena...sakit aku jugak yang tanggung..sape yang susah?? abg jugak yang susah.. so far sakit dah ok dah.. nasib baik tak pegi hospital.. malas aku nak masuk2 wad nie.. raye lepas aku sakit macam nie, aku pi klinik.. tapi klinik bagi ubat untuk lawaskan kencing n sebaginyela.. aku makan ubat tue makin sakit plak.. tapi bile bidan urut ok plak.. rupenye UTERUS aku jatuh!! tuleh orang tak bagi buat kije bErat aku buat jugak.. kuar masuk utan!!
Sembelih lembu

Hari ke 2 raye Korban

hari nie, sakit dah ok sket da.. aku tolong sket2 ape yang patut kat umah.. kul 9 orang da start ramai kat umah aku.. nak sembelih 2 ekor lembu korban.. selamat da dikorban 2 ekor lembu tue.. tetiba waktu petang aku sakit perut balik.. kali nie hubby n aku kena pgi umah bidan yang mengurut.. ermm bidan siap tungku kan aku lagik.. kahkah!! oklah sket.. seminggu nie aku kena berpantang makan n bertungku.. aduh!! nie paling tak suke nie.. kena pantang2 plak... takpelah, sampai bile aku nak menganggung sakit sampai sembahyang pun aku susah nak ruku' sbb sakit perut.. syukur alhamdullilah malam nie da baik jugak sket.. orang berkorban aku yang mengelupur sakit.. hehhe!! nie bahagian aku ler nie!!

26 November 2009

Banjir ooo Banjir..

Memang cadangnye nak balik raye kat terengganu tahun nie.. tapi memandangkan ujan tak henti2 sampai jalan pun banjir.. so, tak jadi balik raye kat tengganu.. sian danish tak dapat raye umah tok n toki dier.. raye Aidilfitri da raye umah atok n nenek..tak pelah.. next time kite balik eh.. nasib baik sabtu lepas, tok n toki dah datang sini tengok danish.. rindu agaknye kat cucu dier nie.. nanti kite balik mule eh?? da tak dapat raye kat tgganu... so petang nie, lepas papa balik kije kiter terus balik n.9 eh.. lagipun atok n nenek buat korban 2 ekor lembu.. mama, papa n danish pun buat korban jugak... selamat sembelih lembu untuk semua orang!! (ader jugak yang sembelih kambingkan?) takpelah.. selamat sembelih - menyembelih.. niat yang baik lebih penting!!

25 November 2009

TIPS UNTUK BUAT BABY JADI CERDIK

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah
pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "umi nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA
ira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancang
an TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti..

huhuhu.. ni la tips untUk melaTih aNak jadI bIjak.. huhuhu.. sebenaRnya banyak laGi taPi tak laRAt nak taIp laGi...

Nasi Goreng Kampung ala2..

Resepi paling senang, aku buat untuk aku nak makan pagi nie.. hahhaha!! cukupla.. lagipun masak lebih nasi semalam.. kalu hubby ader kat umah pagi nie kan best leh kiter makan sekali kan??

Bahan - bahan


1 cawan nasi
20 gram ayam (dipotong dadu)
4 batang kacang buncis
3 hiris lobak merah
1 biji telur
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang kecil
10 cili api
sedikit serbuk kunyit
sedikit minyak
garam secukup rasa

cara - cara

  1. Bawang putih, bawang kecil dan cili ditumbuk halus. Tumiskan kedalam kuali bersama sedikit kunyit serbuk. biarkan sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam sehingga masak. Masukkan telur dan kacang buncis. Kemudian masukkan nasi. Kacau sehingga rata.
  3. Masukkan garam secukup rasa
  4. sedia untuk dihidangkan
Nasi yang telah dihidang serta taburkan dengan daun bawang

54487-362-3D931619E92DD73CB20AC06C1AF88136

DaniSh CeRdiK

Selepas bayi dilahirkan,biasanya ibubapa dan keluarga sangat sibuk menyediakan keperluan fizikal seperti lampin, tempat tidur, pakaian dan keperluan - keperluan lain. tetapi jarang sekali orang menyediakan keperluan untuk otak bayi yang sedang membangun pesat. ketika lahir bayi biasaya mempunyai 1,000,000,000,000 (1 trilion) hingga 1,200,000,000,000 (1.2 trilion) sel otak. Dalam masa setahun, saiz otak menjadi 3 kali ganda

Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25 peratus ketika lahir, 50 peratus ketika berumur enam bulan, 85 peratus ketika berumur tiga tahun dan 95 peratus ketika mencapai umur enam tahun. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar kepesatan otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan memberi kesan yang paling optimum untuk meningkatkan tahap kecerdikannya.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling cepat mempelajari bahasa. Keupayaan mereka menambah perbendaharaan kata semakin bertambah setiap hari kerana mereka sentiasa bertanya dan ingin belajar. Apabila mencapai umur 5 tahun, dianggarkan 10,000 perbendaharaan kata telah terbentuk dalam diri mereka.

Kecerdikan kanak-kanak mempelajari bahasa boleh diperhati daripada keupayaan memilih perkataan tertentu dan menyusunnya menjadi struktur ayat yang difahami. Kanak-kanak boleh diajak bercakap dan membaca dengan betul sebelum berumur lima tahun.

Oleh yang demikian, kemahiran membaca pada peringkat awal dapat mempercepatkan proses penguasaan sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak.
Papa, danish rajin baca buku macam mama kan?

6 Cara Jadi Rakan Anak

Mama nak share sikit info yang mama dapat..cara jadi rakan anak, bagus ni, jom kita tengok apakah 6 cara itu..

1. Selalu berinteraksi dengan anak-anak
Anak akan rasa sentiasa dekat dengan kita jika kita selalu berkomunikasi atau bercakap2 dengannya. Anggaplah mereka tu sebagai kawan yang seronok untuk diajak berbual. Lebih menarik jika topik yang dibualkan itu yang diminati bersama.

2. Tumpukan perhatian jika anak bercakap
Walaupun sibuk, dengar dengan penuh perhatian terhadap setiap perkataan yang dikeluarkanoleh anak. Mungkinada perkara penting yang ingin diberitahu kepada anda. Jadilah pendengr setia kepada anak. Barulah selesa mereka berkomunikasi.

3. Bantulah anak selesaikan masalah
Jika ingin anak rapat dengan anda, sentiasalah bersedia untuk membantunyajika dia berhadapan dengan masalah. Ketika menyelesaikan masalahnya, anggablah anda sebagai rakan bukan ibubapanya.

4. Pastikan anda ada masa untuk anak setiap hari
Tidak kira walau sesibuk manapun anda, pastikan anda ada masa untuk anak. Masa yang anda luangkan sangat berharga kerana masanya untuk anda saling bertukar cerita dengan anak.

5. Tunjukkan rasa sayang anda padanya
Biasakan diri mencium dan memeluk anak anda setiap hari. Bukan hanya ketika ulangtahun kelahirannya sahaja. Dengan cara ini hubungan anda dan anak akan jadi akrab dan mesra kerana dia tahu kita sangat sangat sayang pada mereka.

6. Berani minta maaf..
ha.. yang nie kalau kita sebagai ibubapa tersilap jangan segan untuk minta maaf. Sebab kita kena tunjukkan pada mereka yang benar adalah benar dan yang salah tetap salah. Tidak kiralahkita sebagai ibubapa dan mereka tue anak - anak kita. Kalau kita dah lakukan kesilapan kenala ngaku dan mintak maaf. Anak - anak akan merasa bangga kerana mereka rasa mereka memiliki ibu bapa yang jujur dan adil.


Carsite danish


Ammar pun pinjam danish punye carrier

Merangkap tempat rehat danish

Carsite 2 dalam 1.. heheh senang untuk dibawa kemane sahaja.. papa danish beli carsite nie waktu danish dalam perut lagi.. harga asal rm230 tapi dapat tawar rm190. dwifunction.. senang dan mudah.. danish tidur buai so, kalu pegi jalan - jalan takde buai just masukkan dier kat dalam nie then buaikan la.. kejap jek dier terus tido.. pastu nak masuk kete.. setting pla kat dalam kete untuk dier duduk.. carsite nie sangt berguna untuk aku.. sbb bile aku nak pegi kelas aku kena anta danish kat makcik depan upm tue.. so, terpakse kena duduk kan dier kat dalam nie.. aku drive..
danish suke duk dalam nie.. senyap jek kalu duduk dalam nie... tapi memng mudah!! sesuai sampai danish umur 2-3 tahun.. tue yang beli tue!! mase last raye.. danish n ammar pegi beraye kat umah untie cik.. ammar meragam pastu pinjam danish punye carrier nie.. automatik ammar terus diam.. emmm, lepas tue umy ammar kena beli satu la untuk ammar plak.. hehhe

Playgym Danish

Ermm.. tengok danish main n duduk kat dalam playgym dier... teleng- teleng kepala dier.. sronok ader anak nie.. lagi suke kalu dier semakin pandai n semakin bijak untuk bermain.. bile baby boleh bermain maknanye dier sedang bermain dengan memorinya dan ingin memcube sesuatu.. papa sanggup beli playgym yang mase tue takder diskaun ape - ape untuk danish.. harga playgym nie rm 69.90 beli kat kedai manjaku area bangi.. aku memang suke beli barang - barang danish kat kedai tue.. sbb sumenye murah2.. bulan 12 nie ader diskaun lagi kat kedai tue.. we have visit to this shop!! hehehe.. kalu pasal membazir akulah orangnye.. kahkah!

24 November 2009

Pa&Ma


my baby
Danish masuk majalah.. huhu! keluaran november 2009.. aku tak beli majalah pa&ma bulan nie.. huhu! ketinggalan la aku, ruginye aku.. aku tak beli sbb ari tue aku sibuk dengan exam sampai tak terpikir untk beli majalah tue.. zuhir yang cakap danish masuk majalah.. then baru terpikir yang aku ader hantar kat ruangan mandi -manda pa&ma.. ermm masuk ruangan mandi - manda jek pun.. bukan jadi cover majalah pun.. aku saje jek anta kat ruangan mandi manda tue.. coz macam best jek.. tetibe memng masuk plak.. yang peliknye majalah keluaran oktober 2009 aku beli, nov aku tak beli then disember aku beli semule.. ayoooo!! Mcmne nak daptkan majalah tue erk??

Mau Kurus??

Hubby : sayang, abg ader special untuk sayang
aku : ape lak special2 nie, abg

Hubby : mesti sayang suke, sbb sayang leh pegi time cuti sem nie..

(dalam ati aku..huhu!! yeye, leh pegi bercuti...)
aku: aper die??
Hubby : teng..teng!!
(sambil menunjukkan promosi for body slim)
aku : abg! mama nie tak cukup kurus lagik ke?
Hubby : lor, bukan dulu sayang nak ke? penat abg buatkan untuk sayang..
aku: dulu, time mama tengah peknen.. masa 2 ingatkan da tak boleh kurus mcm mase anak dara dulu.. huhu! now oklah nie..
(dalam ati, penat aku naikan berat dari 49kg ke 50 kg semule.. nie nak kena kurus balik)
Hubby : sayang taknak ke? takkan abg nak pulangkan n ambil duit semula..
aku : abg da bayar ke?
huhu!maknenye aku kena pegi jugaklah program tue erk?? huhuhu!! terpakse.. tapi aku tak yakin aku akan kurus bawah dari 50kg..coz, aku memg nak maintain 50kg jek..sian kat hubby bersungguh -sungguh untuk bagi aku gumbira.. tapi nak suprise sampai tak kena tempat.. kan lebih elok kalu duit tue belikan benda yang lebih berfaedah.. so far, time kasih papa!! mama sayang papa..

Makanan Sampingan danish


Tengahari tadi saje ronda - ronda kat aconsave..huhu! terjumpe huggies dry pants 42 pcs rm 22.50.. beli jeklah.. saje nak try.. then aku cari makanan sampingan untuk danish.. nak bagi dier cepat besar n sihat... sayang anak mama nie!! murah jek biskut milna nie rm 5.50 jek.. oklah kan? try gak beli baby guide.. tapi bukan danish yang makan.. mama yang makan, rasenye macam snek biase.. risau plak nak bagi danish makan, takut baby guide nie takde khasiatnye mcm snek biase yang takde khasiat.. so, berhati - hati dalam memilih makanan anak tersayang!!

Pampers


huhu! Danish terpakse tukar pampers baru pasni.. mama n papa da belikan siap2 pampers huggies daniSh.. TAPI kiter habiskan dulu mamypoko nie eh..
kalu mamypoko 48 = RM38.00, so kalu mamypoko yang 84pcs BRAPE PLAK HARGANYE???
kalu huggies dry 84 = RM33.90
banyak mama n papa boleh jimat nie.. heheh! danish pun takde alahan kulitkan? so, oklah kalu mama belikan danish huggies nie jek.. walaupun murah, tapi mama n papa still sayang kat danish MORE-MORE.. mama try jugk huggies dry pants nie RM 22.50 FOR 42pcs ..hehe

Kasut Tom&Jerry


heheh.. kasut nie mama beli khas untuk danish.. sebelum nie danish pakai kasut yang umy shela belikan jek.. umy shela hadiahkan kasut kat danish mase danish lahir.. beli kasut nie kat sogo ari ahad lepas..harga sepatutnya RM56.00 diskaun 50% dapat rm28.00.. danish yang pilih sendiri(pandai danish dier yang capai sendiri kasut nie, cepat jek tangan dier ambik kasut nie) danish punye.. kasut nie pun kiter pakai mase raye haji ye sayang!!

Banggle silver


Danish dapat banggle silver dari pak lang.. time kasih pak lang..huhu! pak lang, danish kecik lagik la tak sesuai pakai banggle silver tue.. takpelah nanti raye haji nie, nak try bagi danish pakai.. tengok handsome tak anak mama nie!! banggle nie agak besar berbanding dengan tangan danish, semalam try pakaikan kat tangan danish tapi dier gigit masuk mulut plak.. nanti mama kecikkan gelang nie, kiter pakai waktu raye haji ye sayang?

23 November 2009

Walker danish


Walker nie atok danish yang belikan.. danish dapat waktu raye hari tue.. memule duk kat dalam walker tak berjalan pun.. dier duduk jek kat dalam tue.. da lame2 dier bergerak jugaklah tapi bergerak ke belakang.. then sekarang, da laju da.. bile mama pergi dapur dier pun meluncur dengan lajunya.. bile mama menghilang kejap.. mulela dier cari mama gunakan walker nie..
atok.. atok banyak berhabis untuk danish.. raye ari tue danish dapat duit raye dari atok jek RM200.. ermm, cucu pertama la katakan!! time kasih atok!!

Sup Ayam

bahan - bahan

400 gram ayam
15 gram perencah sup adabi
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
5 cawan air
sedikit lobak merah
2 biji kentang
daun sup
daun bawang
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika perlu)

cara - cara
  1. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk halus dan ditumis dengan sedikit minyak. Biarkan sehingga naik bau.
  2. Masukkan 5 cawan air. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Biarkan sehingga empuk.
  3. Masukkan perencah sup ayam adabi yang telah dibancuh dengan air suam. Masukkan lobak merah.
  4. campurkan garam secukup rasa.
  5. Biarkan sehingga semuanya sebati.
  6. Sedia untuk dihidangkan dengan menaburkan daun bawang dan daun sup.
  7. Dan hasilnye....

brape banyak air yang kena diminum?

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.

MIMPI mainan tidur KE??

Malam tadi aku mimpi aku dapat baby girl kembar.. ermm ader ape2 ke nie?? dulu sebelum dapat danish pun aku mimpi aku dapat bby gak.. bila cakap kat mak, mak tanye period.. aku baru jek lepas period mase tue.. pastu mak cakap mayb tuhan nak bagi rezeki kot.. ermm 2 -3 minggu pastu aku pitam kat fakulti.. then pi cek kat PK, PK cakap tak peknen.. sebenarnye aku da peknen da mase tue.. hahhaha! PK tak reti cek..(mase time nak dapat danish)

Now aku tak tahu samada aku peknen or tidak coz aku memng da lame tak period.. around 4 month, da la tak pakai pelindung ape2.. huhu.. tapi tiap - tiap bulan dokto suh cek urin.. takut2 peknen.. aku cek gak bulan lepas, tak peknen.. now aku tak cek lagik!!risau jugak.. huhu, kalu aku tak belajar sekarang nak jek aku kumpul anak sampai 4 orang terus then stop.. tapi masalahnye aku tengah study..RISAUNYE aku!!

22 November 2009

Alhamdullilah..Akhirnye!!

huhu.. telah sekian lame aku menunggu tawaran PBU.. akhirnye dapat jugak.. yelah kalu nak harapkan duit gaji yang hanya separuh tue jek memang tak cukup dengan PBU ini bakal merubah kehidupan kami sekeluarga..terima kasih ALLAH.. syukur yang tak terhingga..

so, sekarang aku akan berusaha untuk dapatkan CGPA 3.5 ke atas supaya PBU boleh dijadikan sebagai biasiswa terus.. lagipun PBU kalu kiter dapat 2.7 ke atas pun hanya perlu bayar 25% daripada jumlah pinjaman..So tak banyak mane.. aku bukan ape kesian kat hubby yang terpakse menanggung sume yuran -yuran aku.. dengan adernye PBU nie lepas jugakla yuran aku.. sebb jpa memng bayarkan terus yuran- yuran aku.. siap yuran - yuran yang sebelum nie pun leh claim kat jpa..huhu! best2..

hubby yang sangat bertangungjawab soal duit.. minyak kete pun dier yang isikan.. kadang2 aku tak mintak pun, kat dalam wallet aku dier letak duit.. tau2 bile bangun pagi nak pegi kelas, aku singgah kat petronas nak kuarkan duit.. nak ambik kat ATM tetiba aku ternampak duit yang hubby da letak.. kalu bole hubby taknak langsung bagi aku guna duit gaji aku untuk belanja.. dier suh aku simpan jek.. habis tue aku nie ksian sangt2 kat dier.. takpe abang, mungkin ni rezeki danish.. cume mama jek yang kena berusaha lebih sket untuk terus berjaya..
lagipun aku blaja bukan untuk kenaikan pangkat just untuk menambah ilmu pengetahuan, kalu dapat naik pangkat itu rezeki, aku takkan tolak.. sayang papa n danish!!

Duit Mengalir Kluar macam air!!!

perhhhh!! penatsnyerss..huhu, baru balik dari shoping kat sogo.. tadi lepas jek MIL balik, kiterorang boring plak duk kat umah.. terpikir satu idea.. aku pun ajak hubby untuk pegi shopping kat sogo.. sale giler2 punye!! best shoping.. niat aku pi sogo memang nak beli baju tidur danish.. baju tido danish da banyak yang ketat2.. hehheh!! so, aku pun ajak hubby pegi sogo arinie.. terpikir jugak, mesti kat sogo tak ramai orang macam selalu sebab orang kerajaan tak dapat gaji lagik.. huhu!! memang best shopping time nie, tak ramai orang n senang cari parking jalan pun tak jam..

ermm..ingtkan nak beli baju danish jek.. kebetulan da memang sale.. papa danish pun berkenan kat tali pinggang n seluar.. ermmm terbelila 2 tali pinggang n 2 helai seluar kije dier.. kat sogo tue jek habis dalam RM150 untuk papa..kalula aku kaya, memang aku beli satu sogo nie.. huhu!! suke betul aku barang - barang yang murah - mjurah nie.. beg bonia pun ader gak sale.. tapi takpela, aku bukan pakai handbeg pun skrang.. bile aku da start kije nanti takpela.. lehla beli benda2 nie sume..

aku habiskan duit around rm 140 untuk side baju danish.. dapatlah danish 4 pasang baju tidur, 1 seluar jean, 1 t-shirt n 1 kasut tom & jerry.. sale yang terlampau2 sampai 70% buat aku terpedaya.. alang - alang membeli biar menang memakai.. hahaha!!tengok harga murah jek, aku ambik..tengok yang sesuai jek, pun aku ambik.. botakla kepala mcm nie..

ondaway balik dari sogo papa cakap ader plak barang yang papa nak beli lagik.. kasut papa terlupe nak beli kat sogo.. so, ermm terpakse singgah kat mines la plak untuk cari kasut papa.. jam mase tue da kul 6 petang.. tetibe perut rase lapar, padahal tadi sebelum kuar rumah dah makan siap2 kat umah.. nie lapar lagik!! makan kat chieken rice shop.. aku order kari laksa noodle, papa order 1/4 chieken & chieken rice.. makan jela.. makan jek da habis RM33. lepas makan baru cari kasut papa.. ingt lelaki senang jek cari kasut.. rupenye macam pompuan jugak.. hehehhe! memilih.. nasib baik aku jadi perunding imej hubby aku.. so, aku yang tukang pilih..sampaikan danish da boring da mase tue.. huhu! habis around rm 500 hari nie..termasuk dengan kasut papa.. erm, duit cepat jek mengalir keluarkan????

danish da boring

Ayam Masak Merah Istimewa

Bahan - bahan

bahan A

5 ketul ayam
2 sudu kecil kunyit
sedikit garam
Ayam yang telah digoreng
bahan B

25 gram cili kering (dikisar)
1 senduk cili sos
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang kayu manis
1 keping asam gelugur
setengah cawan air
2 sudu besar minyak masak
sedikit daun sup

cara-cara
  1. Bahan A digaulkan sekali dan digoreng.
  2. Sementara itu, bawang kecil dan bawang putih perlu ditumbuk lumat.
  3. Tumiskan bahan yang ditumbuk dan batang kayu manis ke dalam kuali. Biarkan sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kering yang telah dikisar, sos cili dan air. Kacau sehingga mendidih. Masukkan asam keping.
  5. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng seterusnya masukkan bawang.
  6. Biarkan sehingga betul - betul masak. Jika perlu masukkan garam atau serbuk perasa.
  7. Masukkan daun sup untuk menambah sedap rasa hidangan.
  8. sedia untuk dihidangkan.
Telah sedia untuk dihidangkan

Senangkan kawan - kawan..bolehla mencubenye!!

 
Copyright (c) 2010 MY FAMILY'S HEAVEN. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.