Bayi 4 bulan hingga 6 bulan
Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat. Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.
Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:
- Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.
- Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.
Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.
Bayi 6 bulan hingga 1 tahun
Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:
- Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.
- Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapat-kan alat mainan seperti drum, tamborin dan sebagainya.
- Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.
Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra. Bahasa juga penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara.
Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra.
Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira. Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda.
Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinteraksi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi perkembangan kognitif atau inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.
*INFO INI ADALAH BERDASARKAN KEPADA PEMBACAAN, BOLEH DIPERCAYAI ATAU TIDAK TERPULANG KEPADA INDIVIDU ITU SENDIRI*
0 comments:
Post a Comment
kawan -kawan mari komen cerita saya..:) tq!