bahan A
5 ketul ayam
2 sudu kecil kunyit
sedikit garam
bahan B
25 gram cili kering (dikisar)
1 senduk cili sos
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang kayu manis
1 keping asam gelugur
setengah cawan air
2 sudu besar minyak masak
sedikit daun sup
cara-cara
- Bahan A digaulkan sekali dan digoreng.
- Sementara itu, bawang kecil dan bawang putih perlu ditumbuk lumat.
- Tumiskan bahan yang ditumbuk dan batang kayu manis ke dalam kuali. Biarkan sehingga naik bau.
- Masukkan cili kering yang telah dikisar, sos cili dan air. Kacau sehingga mendidih. Masukkan asam keping.
- Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng seterusnya masukkan bawang.
- Biarkan sehingga betul - betul masak. Jika perlu masukkan garam atau serbuk perasa.
- Masukkan daun sup untuk menambah sedap rasa hidangan.
- sedia untuk dihidangkan.
Telah sedia untuk dihidangkan
Senangkan kawan - kawan..bolehla mencubenye!!
0 comments:
Post a Comment
kawan -kawan mari komen cerita saya..:) tq!