Pages

08 December 2009

MaSak PapRiK

arie nie aku just masak paprik n goreng ikan jek.. huby tak balik arinie.. malam baru sampai umah.. sedihnye! abg, mama masak sedap2 untuk abag makan.. tapi abg balik lewat plak arinie.. takpelah.. kije punye pasal... minggu nie jekkan balik sampai lewat malam.. minggu depan tak da kan??? aku masak, adik aku jaga danish..

Bahan - bahan

50 gram ayam
50 gram sotong
sedikit kubis bunga
sedikit lobak merah
sedikit kacang buncis
daun limau purut
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
cili jika mahu pedas
tepung jagung untuk pekatkan kuah

Cara - cara
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang kecil,biarkan sehingga naik bau.
  2. Masukkan kicap,cili sos, sos tiram, sos tomato dan air. Kemudian masukkan ayam dan sotong. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan kacang buncis, kobis bunga, lobak merah dan daun limau purut. Masukkan cili jika mahu pedas. Tambahkan tepung jagung kalu nak pekatkan kuah. biarkan sehingga betul-betul masak.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

huhu!!kalula hubby balik untuk makan sekali kan best...



Bahan - bahan basah
Italic

Paprik da siap!! leh makan..nyum!nyum!

0 comments:

Post a Comment

kawan -kawan mari komen cerita saya..:) tq!

 
Copyright (c) 2010 MY FAMILY'S HEAVEN. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.